• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube perkenal ciri kunci video dan tawar imej pratonton yang lebih besar

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:26 pm
  • 18/10/2023
  • Komen
YouTube perkenal ciri kunci video dan tawar imej pratonton yang lebih besar
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube pada hari ini telah memperkenalkan sejumlah ciri baru dan kemas kini untuk platform penstriman mereka. Kemas kini ini melibatkan pembaharuan pada aplikasi mudah alih, laman web serta perisian TV pintar mereka, yang mana bakal memberikan pengalaman menonton YouTube yang lebih baik.

YouTube memaklumkan kesemua ciri ini dibentuk dari maklum balas yang diterima oleh penonton dan pencipta kandungan sendiri.



Pada kemas kini terbaru ini, YouTube menawarkan cara baru untuk mempercepatkan video pada kelajuan 2x dengan hanya menyentuh lama pada bingkai video. Ini akan memudahkan anda yang mahu pergi ke segmen video yang lain dengan cepat. Tidak lagi perlu untuk tap dua kali untuk melajukan video.

Sementara itu, imej pratonton kini ditayang lebih besar semasa anda meleret masa video. Sebalik berada dalam tetingkap kecil, imej pratonton akan dipapar terus dalam bingkai. Terdapat juga maklum balas haptik yang memberitahu tempat atau minit mana anda mula meleret supaya jika anda mengubah fikiran, anda dapat kenalpasti minit terakhir yang anda sedang tonton. Lebih menarik, YouTube juga menambah ciri mengunci skrin bagi mengelakkan sentuhan yang tidak sengaja semasa menonton di telefon pintar dan tablet.



Masalah kelantangan suara yang tidak sekata dalam sesetengah video juga diperbaiki dalam kemas kini ini dengan ciri ‘Stable Volume’. Dengannya, ia dapat bantu mengurangkan perbezaan ketara pada kelantangan suara. Ciri ini akan dihidupkan secara automatik apabila ia dikeluarkan nanti.

Mencari sesuatu di halaman YouTube anda kini lebih mudah dengan halaman yang diperbaharui kepada ‘You tab‘. Ia merupakan gabungan tab ‘Library’ dan halaman akaun. Kini anda boleh mengakses sejarah tontonan video, playlists, muat turun serta tetapan berkaitan akaun dan maklumat channel dalam satu halaman. Terdapat juga ciri untuk mencari lagu menggunakan suara, humming, atau dengan memainkan lagu itu sendiri.

Selebihnya adalah kemas kini berkenaan rekaan muka halaman. Antaranya, butang subscribe akan menunjukkan kesan khas apabila pencipta meminta untuk like dan subscribe, serta kesan animasi lebih besar jika butang subscribe di tekan. Video yang dimuat naik dalam masa 24 jam juga akan ada kiraan tontonan dan like secara langsung.

Untuk TV pintar, ia akan memaparkan menu info video secara menegak, rekaan lebih baik untuk tab ‘Library’, kotak carian suara yang lebih menonjol serta banyak lagi.

Kemas kini ini akan dikeluarkan secara berperingkat kepada semua pengguna di seluruh dunia dalam beberapa minggu akan datang. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh layari laman berita YouTube di sini.

[Sumber: YouTube]

Tags: GoogleYouTube
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

YouTube perkenal ciri kunci video dan tawar imej pratonton yang lebih besar

YouTube perkenal ciri kunci video dan tawar imej pratonton yang lebih besar

18 October 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP

Vivo V60 buat kemunculan di KL Fashion Week 2025, hadir dengan kamera telefoto ZEISS 50MP

5 August 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER