• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla Model 3 “Highland” dilancar di Malaysia, EV termurah untuk jarak pemanduan lebih 600km

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 19/10/2023
  • Komen
Tesla Model 3 “Highland” dilancar di Malaysia, EV termurah untuk jarak pemanduan lebih 600km
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla Malaysia hari ini telah melancarkan kereta elektrik (EV) kedua mereka, Tesla Model 3. Pelancaran diadakan di pusat beli-belah yang baru dibuka, di Pavilion Damansara Heights. Tesla turut mempamerkan kereta terbaru ini di ruang terbuka pusat beli-belah tersebut untuk tatapan pengunjung.

Harga dan Ketersediaan

Menurut Tesla, Model 3 adalah EV sedan paling laris dijual di dunia tahun ini. Tempahan untuk Model 3 di Malaysia sebenarnya telah dibuka sejak awal September lepas. Terdapat dua varian Model 3 akan dijual di sini, pada harga berikut:



  • Tesla Model 3 RWD – dari RM189,000
  • Tesla Model 3 Long Range – dari RM218,000

Harga Model 3 sememangnya lebih murah sedikit berbanding Model Y. Bagaimanapun, ini adalah harga asas, tidak termasuk sebarang tambahan seperti pilihan warna atau bantuan pemanduan, dan tanpa insuran serta masih dikecualikan cukai jalan oleh kerajaan Malaysia.

Tesla Malaysia turut menyebut, penghantaran tempahan untuk Model 3 akan bermula pada suku ketiga 2023. Bermakna, ia akan dihantar lebih cepat daripada Model Y yang telah dilancar lebih awal.



Pada harga ini, Tesla Model 3 Long Range adalah EV termurah Malaysia yang ada jarak kembara melebihi 600km, jauh memotong Hyundai Ioniq 6 RWD yang berharga RM289,888.

Spesifikasi Tesla Model 3

Melihat pada rupa Model 3 yang baharu, ia kini ada luaran yang lebih minimalis. Contohnya lampu depan yang lebih runcing tidak memakan banyak ruang. Di bahagian belakang, rekaan lampu juga telah diperbaharui iaitu berbentuk sepit ketam.

Menurut Tesla, Model 3 baharu mempunyai jarak kembara yang lebih jauh. Varian RWD mempunyai jarak sehingga 513km, naik daripada 499km manakala varian Long Range mampu pergi sehingga 629km daripada 614km. Salah satunya disumbang oleh rekaan rim yang lebih baik iaitu Photon (18”) dan Nova (19”).

Model 3 RWD boleh memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 6.1s dengan kelajuan maksimum mencecah 201km/j manakala varian Long Range boleh pecut ke kelajuan 100km/j dalam masa 4.4 sahaja.

Apabila perlu dicas, menggunakan pengecas Supercharger DC, Tesla katakan yang mengecas selama 15 minit boleh memberikan kenderaan ini sebanyak 282km jarak kembara.

Skrin inforia dan kawalan masih kekal pada saiz 15.4-inci dan tiada sebarang meter kluster untuk pemandu melihat maklumat pemanduan. Di bahagian belakang juga disediakan panel paparan, saiznya lebih kecil pada 8-inci dan diperkasa GPU AMD RDNA 2 yang dikatakan boleh menjalankan permainan PC melalui aplikasi Steam.

Tesla Model 3 boleh ditempah dalam lima warna iaitu putih, hitam, biru, kelabu dan merah. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Tesla Model 3.

Tags: TeslaTesla Model 3
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Tesla Model 3 “Highland” dilancar di Malaysia, EV termurah untuk jarak pemanduan lebih 600km

Tesla Model 3 “Highland” dilancar di Malaysia, EV termurah untuk jarak pemanduan lebih 600km

19 October 2023
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN