• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Masih belum langsai hutang PTPTN? Ini ada promo diskaun insentif bayaran balik pinjaman

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 8:42 pm
  • 24/10/2023
  • Komen
Kerajaan Tangguh Keperluan Bayaran Balik PTPTN Sehingga Jun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman termasuklah kepada mereka yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. Insentif yang bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 ini meliputi 3 kategori berikut:

i) Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;



ii) Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan

iii) Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.



Bagi peminjam yang ingin membuat bayaran penyelesaian penuh pinjaman atau bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki pinjaman dalam sekali bayaran perlu memohon pengesahan baki pinjaman melalui portal PTPTN, aplikasi myPTPTN yang boleh dimuat turun menerusi Google Store atau Apple Apps Store atau menghubungan Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang disediakan.

Untuk mereka yang sedang membuat bayaran melalui saluran potongan gaji atau debit terus (direct debit) pula layak menikmati diskaun 15% secara automatik tertaluk bayaran diterima oleh PTPTN dalam tempoh diskaun.

Jika anda ingin membuat potongan gaji atau debit terus hendaklah membuat permohonan melalui portal rasmi PTPTN atau aplikasi myPTPTN. Anda boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran tersebut untuk menikmati insentif ini.

Anda boleh menyemak diskaun yang diberikan dalam penyata pinjam mulai 7hb pada bulan berikutnya melalui portal rasmi PTPTN  atau aplikasi my PTPTN.

Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman ini adalah selari dengan pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 13 Oktober 2023 lepas.

[Sumber: PTPTN]

Tags: insentif bayaran balikPTPTN
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Kerajaan Tangguh Keperluan Bayaran Balik PTPTN Sehingga Jun 2020

Masih belum langsai hutang PTPTN? Ini ada promo diskaun insentif bayaran balik pinjaman

24 October 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

EV terbakar di Alam Damai, adakah ia Mercedes-Benz EQE?

19 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN