• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telegram sekat saluran Hamas pada peranti Android

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:14 am
  • 26/10/2023
  • Komen
Panggilan video kumpulan di Telegram, akan tersedia pada bulan Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Platform pemesejan sosial, Telegram telah menyekat saluran rasmi yang digunakan oleh Hamas. Antara saluran yang disekat adalah hamas_com dan al-Qassam brigades. Namun sekatan saluran ini hanya pada peranti Android dan masih tidak dapat dipastikan sekatan yang sama turut dilakukan pada iOS atau tidak.

Apabila pengguna cuba mengakses saluran itu, akan muncul paparan mesej ralat seperti “Malangnya, saluran ini tidak boleh dipaparkan pada aplikasi Telegram yang dimuat turun daripada Google Play Store.”



Tetapi kenapa tindakan sekatan saluran ini dilakukan oleh Telegram ya?

Dipercayai bahawa sekatan saluran pemesejan sosial seperti ini dilakukan kerana syarikat media sosial berada di bawah tekanan kuat untuk bertindak ke atas penyebaran maklumat salah dan propaganda sewaktu peperangan berlaku.



Ini diperkuatkan lagi apabila Kesatuan Eropah dikatakan telah menghantar beberapa amaran kepada pihak seperti X dan Meta bahawa mereka akan berdepan penyiasatan dan kemungkinan penalti di bawah Akta Perkhidmatan Digital. Ia adalah satu peraturan penting yang memerlukan syarikat teknologi membersihkan platform mereka daripada kandungan menyalahi undang-undang dan berbahaya.

Pun begitu, beberapa saluran lain yang berkaitan dengan Hamas, seperti Gaza Now, masih boleh diakses di Telegram. Malah pengguna di saluran tersebut kini mencecah lebih daripada 1.6 juta.

Adakah dengan menyekat saluran seperti ini membantu menyelamatkan nyawa atau akan lebih membahayakan dan menyebabkan kehilangan lebih banyak nyawa? Bagaimanapun, hasil percubaan saya dengan menggunakan peranti iOS, masih dapat mengakses saluran rasmi Hamas tersebut. Anda boleh akses ke tak?

Sebelum ini Google juga dilaporkan bertindak menyekat laporan trafik berkaitan kesesakan jalan raya, lalu lintas dan lokasi pemandu di Israel pada Google Maps dan aplikasi navigasi popular, Waze. Menurut Google, langkah tersebut merupakan tindakan yang biasa dilakukan semasa perang kerana bimbang mengenai keselamatan penduduk di kawasan terlibat.

[Sumber: CNBC] 

Bacaan berkaitan:

  • Telegram Stories kini tersedia untuk semua pengguna, tapi apa beza dengan pelanggan premium?
  • Akhirnya Telegram lancar fungsi yang telah lama ada di WhatsApp, akibat desakan pengguna
Tags: androidHamasiOStelegram
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Panggilan video kumpulan di Telegram, akan tersedia pada bulan Mei

Telegram sekat saluran Hamas pada peranti Android

26 October 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER