• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy A05s & A05: Telefon harga patut berbateri 5,000mAh harga bermula RM649

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:40 pm
  • 30/10/2023
  • Komen
Galaxy A05s & A05: Telefon harga patut berbateri 5,000mAh harga bermula RM649
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan dua entri terbaharu dalam kategori telefon harga patut mereka. Dua telefon yang telah dilancarkan adalah Samsung Galaxy A05 dan Galaxy A05s. Daripada helaian spesifikasi, model-model ini sesuai dijadikan telefon sandaran ataupun anda perlukan telefon untuk laksanakan aktiviti ekonomi gig seperti penghantaran makanan ataupun kereta sewa.

Harga Samsung Galaxy A05 & A05S di Malaysia

Dua telefon baharu yang dilancarkan Samsung ini boleh didapatkan pada harga seperti berikut:



  • Samsung Galaxy A05 – RM649
  • Samsung Galaxy A05s – RM799

Ia boleh didapati melalui saluran dalam talian Samsung dan melalui semua pengedar sah produk itu di seluruh negara. Dalam tempoh terhad, rebat sehingga RM100 diberikan untuk program tukar beli yang berlangsung sepanjang tahun 2023.

Setiap Galaxy A05 dilindungi jaminan selama 2 tahun dan jaminan kemas kini sehingga 4 tahun lamanya.



Spesifikasi Samsung Galaxy A05 & A05s

Samsung Galaxy A05 & A05s mempunyai rekaan yang hampir serupa. Mereka mempunyai saiz paparan 6.7” yang sama dan mempunyai takuk Infiniti-U untuk kamera selfie. Namun Galaxy A05 sekadar diberikan panel paparan HD+ manakala Galaxy A05s diberikan panel FHD+ berkadar segar semula 90Hz.

Atas papan utama, Galaxy A05 ditunjangi MediaTek Helio G85 manakala Samsung mengenakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 680 4G untuk Galaxy A05s. Untuk kedua-dua telefon, anda beroleh kombinasi RAM 8GB dan storan 128GB yang boleh diperluas menggunakan mikro-SD sehingga 1TB jika perlu.

Kedua-dua telefon dibekalkan bateri berkapsiti 5,000mAh bersama-sama pengecasan 25W. Blok pengecasnya disediakan di dalam kotak. Samsung mendakwa yang mengecas telefon ini daripada hampir kosong ke 48% mengambil masa cuma 30 minit sahaja.

Pemilik telefon ini dijanjikan kemas kini generasi Android sebanyak dua kali dan sehingga 4 tahun tampalan keselamatan. Sejurus keluar kotak, kedua-dua telefon ini menjalankan One UI Core 5.1. Galaxy A05s mempunyai kelebihan berbanding A05 daripada segi kehadiran butang kuasa yang disekalikan menjadi pengimbas cap jari.

Galaxy A05s mempunya kelengkapan kamera yang lebih baik berbanding Galaxy A05. Di bahagian belakang, varian yang lebih mahal diberikan tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP, dan dua kamera 2MP satu untuk makro dan satu lagi untuk depth.

Galaxy A05 pula masih kekalkan kamera utama 50MP dan kamera 2MP depth. Ia kehilangan kamera depth 2MP yang saya rasakan bukanlah sesuatu kehilangan besar. A05s juga ada kamera selfie 13MP manakala A05 8MP.

Tags: galaxy a05mobilesamsungsamsung galaxysamsung galaxy a05samsung galaxy a05ssamsung mobile
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy A05s & A05: Telefon harga patut berbateri 5,000mAh harga bermula RM649

Galaxy A05s & A05: Telefon harga patut berbateri 5,000mAh harga bermula RM649

30 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER