• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iMac M3: All-in-one Apple paling laku di dunia kini lebih pantas

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:33 am
  • 31/10/2023
  • Komen
iMac M3: All-in-one Apple paling laku di dunia kini lebih pantas
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini melancarkan beberapa produk baharu. Selain daripada Apple Silicone siri M3 dan MacBook Pro, mereka turut mengemas kini barisan iMac mereka yang didakwa sebagai komputer semua-dalam-satu paling laris di dunia. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, mereka mengambil keputusan untuk melangkau iMac M2 dan terus kepada cip M3 yang baharu.

Spesifikasi iMac M3

iMac M3 ditunjangi cip M3 yang baharu. Konfigurasi teras CPU dan GPU yang ditawarkan adalah bermula 8+8 sehinggalah 8+10. Berdampingan dengan SoC ini adalah RAM yang boleh dikonfigurasikan sehingga 24GB. Secara keseluruhannya, kombinasi komponen ini dikatkaan 2 kali ganda lebih pantas berbanding iMac versi M1.



Apple katakan yang pengguna akan rasai perbezaan kertara ketika melakukan kerja-kerja kreatif seperti peyuntingan video, muzik, 3D render dan banyak lagi.

Cip baharu juga dilapor tampil dengan seni bina GPU baharu. Antara teknologi menarik yang diumumkan dalam pembentangan tersebut adalah seperti proses mesh shading dan ray-tracing pada tahap perkakasan. Dua teknologi baharu ini juga akan melicinkan jalan kerja 3D untuk pembangun kandungan seperti permainan video.



Secara keseluruhannya, Apple tak henti-henti memancing pengguna produk Mac berasaskan Intel untuk berhijrah kepada Apple Silicone. Mereka menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 4x berbanding iMac 21.5” berasaskan Intel dan sehingga 2.5x berbanding iMac 27” berasaskan Intel.

Antara angka-angka yang dikongsikan Apple untuk membuktikannya adalah seperti:

  • Safari beroperasi 30% lebih pantas
  • Microsoft Excel beropersi 30% lebih pantas
  • Permainan dimainkan dalam 50% lebih bingkai
  • Sehingga 12 video 4K boleh dimainkan serentak
  • Projek video gunakan FInal Cut Pro dan Adobe Premier Pro dirender 2 kali lebih pantas
  • Pemerosesan gambar guna Adobe Photoshop adalah sehingga 2 kali ganda lebih pantas.

iMac M3 memiliki panel paparan Retina 24” beresolusi 4.5K (4480 x 2520). Kecerahan panel ini mencecah 500 nits dan menyokong gamut warna P3 yang luas serta teknologi True Tone. Di bahagian belakang, pengguna disajikan dengan sekurang-kurangnya 2 port Thunderbolt/USB 4. Ia boleh dikonfigurasikan kepada 2 port Thunderbold/USB 4 dan 2 port USB 3 untuk kemudahan.

Setiap iMac didatangkan dengan Magic Keyboard dan Magic Mouse. Ada beberapa konfigurasi boleh anda pilih pada segi aksesori input seperti Magic Keyboard (Touch ID) dan Magic Trackpad.

Sejurus keluar kotak, iMac M3 akan menjalankan sistem operasi macOS Sonoma.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Sumber: Apple

Tags: appleimacimac m3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iMac M3: All-in-one Apple paling laku di dunia kini lebih pantas

iMac M3: All-in-one Apple paling laku di dunia kini lebih pantas

31 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER