• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Macbook Pro 14 & 16 lebih berkuasa dengan cip Apple M3, ada warna baru & harga permulaan lebih murah

  • OLEH Najib
  • 11:16 am
  • 31/10/2023
  • Komen
Macbook Pro 14 & 16 lebih berkuasa dengan cip Apple M3, ada warna baru  & harga permulaan lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Apple pagi ini dalam acara “Scary Fast” telah mengumumkan barisan laptop terhebat mereka, Macbook Pro dengan kuasa cip baru Apple Silicon M3. Sebagai laptop paling berkuasa dan lebih pantas, ia turut dilengkapi dengan barisan cip terhebat keluaran Apple iaitu M3 Pro dan M3 Max.

Selain kuasa baru, Apple turut menyatakan harga permulaan Macbook Pro lebih rendah daripada sebelumnya. Ini akan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati kehebatan Macbook Pro, seperti pelajar, pekerja keratif dan ahli perniagaan.



Terdapat dua saiz diumumkan untuk Macbook Pro baru ini iaitu skrin 14-inci dan skrin 16-inci. Tiada lagi skrin bersaiz 13-inci ditawarkan. Ia dilengkapi paparan Liquid Retina XDR baharu, dengan 20% lebih cerah untuk kandungan SDR iaitu 600 nits dan kecerahan puncak HDR mencapai 1,600 nits. Ia juga mengekalkan teknologi ProMotion iaitu kadar penyegaran adaptif sehingga 120Hz.

Cip Apple Silicon M3 baru dihasilkan dari proses 3nm, membolehkan ia menggunakan tenaga lebih rendah dan memberi hayat bateri lebih panjang. Ia memberi masa penggunaan sehari suntuk sehingga 22 jam dengan cip M3, atau sehingga 18 jam dengan cip M3 Pro dan M3 Max.



Lebih penting, barisan cip M3 baru meningkatkan lagi prestasi Macbook Pro. Cip M3 memberi 60% prestasi lebih tinggi di Final Cut Pro berbanding Macbook Pro 13 M1. Cip M3 Pro pula, 40% lebih pantas memproses Adobe Photoshop berbanding MacBook Pro 16 M1 Pro.

Untuk cip terhebat M3 Max, ia boleh menggerakkan proses Blackmagic DaVinci Resolve Studio sehingga 65% lebih pantas berbanding MacBook Pro 16 M1 Max. Ia juga mampu mensimulasi sistem dinamik di MATLAB 2x lebih pantas.

Satu perkara penting yang dibawa oleh cip M3 adalah kemampuan Ray-Tracing. Ini membolehkan pantulan cahaya lebih realistik dihasilkan, terutama bermain game berkuasa tinggi dengan lancar.

Apple meneruskan komitmen mereka ke arah kelestarian alam dengan menggunakan 100% aluminium yang dikitar semula untuk badan Macbook Pro. Di samping itu, Apple juga memperkenal warna baru iaitu Space Black tetapi untuk pilihan M3 Pro atau M3 Max sahaja, di samping warna Perak. Bagi pilihan cip M3 biasa, ia ditawarkan dalam warna Kelabu dan Perak.

Macbook Pro 14 dan 16 datang siap dengan sistem operasi macOS Sonoma terbaru. Ia juga menyokong sehingga 4 paparan luar dengan cip M3 Max, atau sehingga 2 paparan luar dengan cip M3 Pro, atau 1 paparan luar menggunakan cip M3 biasa.

Kenali laptop paling berkuasa Apple yang baru ini di laman web Apple Macbook Pro.

Tags: appleApple MacBook ProApple MacBook Pro 14Apple MacBook Pro 16macbook proMacbook Pro 14MacBook Pro 16
Najib

Najib

POPULAR

Macbook Pro 14 & 16 lebih berkuasa dengan cip Apple M3, ada warna baru  & harga permulaan lebih murah

Macbook Pro 14 & 16 lebih berkuasa dengan cip Apple M3, ada warna baru & harga permulaan lebih murah

31 October 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN