• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Acara Apple Scary Fast dirakam sepenuhnya guna iPhone 15 Pro Max, tapi…

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:14 pm
  • 01/11/2023
  • Komen
Acara Apple Scary Fast dirakam sepenuhnya guna iPhone 15 Pro Max, tapi…
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Apple Scary Fast menyaksikan pelancaran cip, Macbook Pro, dan juga iMac baharu. Menariknya tentang acara ini adalah di akhir video, Apple mengeluarkan kenyataan bahawa video pembentangan ini direkodkan sepenuhnya menggunakan iPhone dan disunting menggunakan Mac. Tapi sebelum anda lancarkan aplikasi kamera iPhone 15 Pro Max untuk rakamkan video secantik itu, ada baiknya anda tonton video disebalik tabir (BTS) dahulu.

Walaupun iPhone 15 Pro Max digunakan ia bukanlah telefon yang dipegang tangan. Disekelilingnya ada pelbagai peralatan mahal dan berteknologi tinggi digunakan untuk menjayakan rakaman itu.



Disebabkan pembentangan ini adalah bersempena dengan sambutan Halloween, bahagian pendahuluan dan penutup dirakamkan pada waktu malam, di luar ibu pejabat Apple. Kelihatan unit lampu yang besar digunakan untuk mencerahkan Tim Cook. Syot bergerak pula dijayakan hasil manfaat gimbal gergasi yang bergerak dan disebabkan ia sebenarnya untuk kamera yang lebih berat, sudah pastinya ia tikda menghadapi masalah untuk memegang iPhone.

Walau bagaimanapun, kredit harus diberikan kepada iPhone itu sendiri juga. Contohnya, bermula iPhone 15 ini ia mengguna pakai sambungan USB-C dan juga teknologi Thunderbolt. Ia memungkinkan rakaman dilakukan terus ke dalam storan luaran. Selain itu, mereka pastinya tidak lepaskan peluang untuk menggunakan Apple ProRes sewaktu merakam yang berikan kandungan berkualiti paling tinggi mampu dirakamkan oleh iPhone.



Harga iPhone 15 dan iPhone 15 Pro di Malaysia

Berbanding pelancaran siri iPhone 14, harga semua model iPhone 15 di Malaysia telah naik RM200. Malah, Apple telah menghapuskan storan 128GB untuk iPhone 15 Pro Max, menjadikan harga terendahnya lebih mahal iaitu storan 256GB.

Berikut adalah harga rasmi siri iPhone 15 di Malaysia

iPhone 15 6.1″

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,899
  • 512GB – RM5,899

iPhone 15 Plus 6.7″

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,399

iPhone 15 Pro 6.1″

  • 128GB – RM5,499
  • 256GB – RM5,999
  • 512GB – RM6,999
  • 1TB – RM7,999

iPhone 15 Pro Max 6.7″

  • 256GB – RM6,499
  • 512GB – RM7,499
  • 1TB – RM8,499
Tags: appleapple iphoneiphoneiphone 15 proiphone 15 pro max
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Acara Apple Scary Fast dirakam sepenuhnya guna iPhone 15 Pro Max, tapi…

Acara Apple Scary Fast dirakam sepenuhnya guna iPhone 15 Pro Max, tapi…

1 November 2023
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN