• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Huawei

Huawei Matebook 14 (2023) dinaik taraf ke Intel generasi ke-12 tapi harga kekal sama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:59 am
  • 02/11/2023
  • Komen
Huawei Matebook 14 (2023) dinaik taraf ke Intel generasi ke-12 tapi harga kekal sama
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah mengumumkan kemas kini kepada laptop MateBook 14 mereka. Kini ia diperkasa CPU yang lebih segar pada harga yang hampir sama dengan model tahun sudah.

Harga Huawei Matebook 14 (2023)

Huawei Matebook 14 (2023) dilancarkan pada harga RM3,999. Walau bagaimanapun, dalam tempoh terhad, anda boleh dapatkannya pada harga RM2,999 bersama-sama hadiiah bernilai RM199. Anda boleh dapatkannya di Lazada, ataupun gedung dalam talian Huawei.



Spesifikasi Huawei Matebook 14 (2023)

Seperti namanya, Huawei Matebook 14 adalah sebuah laptop dengan paparan bersaiz 14”. Nisbah paparannya 3:2 menjadikan ruang kerja nampak luas ditambah pula dengan resolusi yang agak tinggi iaitu QHD (2160 x 1440). Kecerahan panel ini dilaporkan berada pada 300 nits daripada jenis IPS LCD.

Atas papan utama, Huawei telah memperbaharukan CPU yang menunjangi Huawei Matebook 14. Edisi kali ini mengguna pakai Intel Core i5-1240P generasi ke-12. CPU ini bergandingan bersama-sama RAM 16GB LPDDR4x. Malangnya, tiada pilihan untuk memperluas kapasiti RAM disediakan. Anda menyimpan data-data ke dalam storan 512GB daripada jenis NVMe PCIe SSD.



Penawaran port I/O agak asas pada Huawei Matebook 14. Anda dapat 1 USB-C yang boleh digunakan untuk mengecas, dan mengeluarkan imej melalui protokol DisplayPort. Kemudian anda juga dapat 1 USB-A, 1 HDMI, dan 1 jek audio 3.5mm.

Membekalkan tenaga kepada laptop ini adalah sistem bateri berkapasiti 56Wh dan pengecas yang diberikan adalah jenis USB-C 65W.

Bacaan berkaitan

5 laptop terbaik bawah RM2,000 untuk pelajar (Oktober 2023)

Ini 5 laptop terbaik untuk bajet RM2,500

5 Laptop Kerja Terbaik Bawah RM4,000 (Mei 2023)

Tags: HuaweiHuawei MateBook 14matebook 14
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Matebook 14 (2023) dinaik taraf ke Intel generasi ke-12 tapi harga kekal sama

Huawei Matebook 14 (2023) dinaik taraf ke Intel generasi ke-12 tapi harga kekal sama

2 November 2023
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN