• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Diskaun RM1,000 untuk Huawei MateBook 14, ada skrin sentuh 2K, Core-i5, RAM 16GB & jaminan 2-tahun!

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:56 pm
  • 17/03/2023
  • Komen
Laptop Huawei Matebook 14 berkuasa AMD Ryzen 4000 akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sedang mencari laptop dengan harga berpatutan? Huawei Malaysia ada menawarkan promosi untuk laptop MateBook 14 dengan potongan harga sehingga RM1000 serta pemberian hadiah percuma. Promosi boleh didapati di stor rasmi Huawei Lazada bermula pada 18 Mac sehingga 21 Mac 2023.

Untuk masa yang terhad, MateBook 14 boleh didapatkan dengan harga RM2,999, berbanding harga asal RM3,999. Setiap pembelian dalam promosi ini akan didatangkan secara percuma beg galas Huawei CD60, tetikus Bluetooth dan dua tahun waranti yang bernilai sehingga RM697.



MateBook 14 dikuasakan cip pemproses Intel Core i5 generasi ke-11 dengan RAM 16GB dan storan SSD 512GB. Paparannya dilengkapi skrin sentuh bersaiz 14 inci beresolusi 2K dengan kecerahan maksimum sehingga 300 nits. Skrinnya mempunyai nisbah aspek 3:2. Ruang bezel juga nipis menjadikan nisbah badan-ke-paparan setinggi 90 peratus.

Untuk memberikan tenaga pada laptop, ia dimuatkan bateri berkapasiti 56 Wh. Pengecasan pula didatangkan kepala pengecas 65 W USB-C dengan sokongan Huawei SuperCharge yang mampu memberi masa penggunaan laptop sehingga 2.5 jam dalam masa 15 minit pengecasan. Luaran MateBook 14 disarung kemasan besi dengan badan senipis 15.9mm dan berberat 1.49kg.



Lain-lain ciri termasuk pengimbas cap jari, Bluetooth 5.1, Huawei Share untuk sokongan berbilang skrin peranti Huawei. Untuk mengambil gambar dan video, terdapat modul kamera di ruang papan kekunci. Bahagian port dilengkapkan satu port USB-C (sokong pemindahan data, pengecasan dan DisplayPort), dua port USB 3.2 Gen 1, HDMI dan jek audio 3.5mm.

Bagi siapa yang berminat, anda boleh dapatkan Huawei MateBook 14 di sini.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MateBook 14
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Laptop Huawei Matebook 14 berkuasa AMD Ryzen 4000 akan datang ke Malaysia

PROMO: Diskaun RM1,000 untuk Huawei MateBook 14, ada skrin sentuh 2K, Core-i5, RAM 16GB & jaminan 2-tahun!

17 March 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER