• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Zero 30 5G dilancar di Malaysia, mampu merekod 4K 60FPS pada harga RM1,299

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:55 pm
  • 02/11/2023
  • Komen
[Reviu] Infinix Zero 30: Seimbang dalam semua aspek, tapi tidak untuk kamera dan fungsi pintar
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama dinantikan, akhirnya Infinix pada hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Infinix Zero 30 5G untuk pasaran Malaysia. Ia adalah telefon mampu milik yang mempunyai keupayaan merekod sehingga 4K 60FPS pada kamera depan, serta dinaik taraf dengan fungsi pintar yang dikuasakan ChatGPT.

Harga dan ketersediaan Infinix Zero 30 5G

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan Infinix Zero 30 5G mulai hari ini, 2 November 2023. Ia ditawarkan dalam satu varian dan harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Infinix Zero 30 5G (RAM 12GB dan storan 256GB) – RM1,299

Infinix Zero 30 tersedia dalam tiga warna iaitu oren, hijau dan ungu. Anda boleh membuat pembelian sama ada di stor atas talian Infinix di TikTok dan di semua pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia. Anda boleh semak keseluruhan senarai pengedar sah Infinix di sini.

Lebih menarik apabila Infinix turut menawarkan hadiah percuma berupa beg kulit berwarna hitam untuk pembeli terawal, jika pembelian dibuat menerusi pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia. Tapi tertakluk sementara stok masih ada.



Spesifikasi Infinix Zero 30 5G

Infinix Zero 30 5G ini menampilkan skrin melengkung AMOLED 6.78 inci dengan resolusi HD Penuh serta kadar penyegaran 144Hz. Paparannya juga mempunyai warna gamut DCI-P3, kecerahan puncak 950 nits serta tahap PWM 2160Hz yang tinggi untuk penjagaan mata lebih baik. Komponen skrin itu dilindungi oleh kaca Corning Gorilla.

Mengkuasakan telefon adalah cip MediaTek Dimensity 8020, yang digandingkan dengan RAM LPDDR4X 12GB dan storan UFS 3.1 seluas 256GB. RAM boleh diperluas lagi 9GB lagi dengan fungsi RAM maya menjumlahkan 21GB boleh digunakan. Ia menjalankan sistem operasi XOS 13 berasaskan Android 13. Menariknya, Infinix Zero 30 ini hadir dengan aplikasi Folax, iaitu fungsi pembantu AI yang dikuasakan ChatGPT.

Satu perkara yang paling menonjol di Infinix Zero 30 ini adalah sistem pengimejannya. Kamera depannya menggunakan sensor 50MP F2.5 dan berupaya untuk merekod 4K 60FPS, yang mana sesuatu perkara yang jarang ada pada telefon lain dalam segmennya. Sementara di belakang pula terdapat kamera utama 108MP OIS F1.7 yang juga mampu merekod 4K 60FPS, di samping kamera ultra lebar 13MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4.

Tenaga telefon disalur oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 68W. Infinix mendakwa ia mampu mengecas dari 0% hingga 80% dalam masa 30 minit. Terdapat juga sistem penyejukan Liquid Vacuum Chamber untuk bantu mengurangkan haba peranti.

Lain-lain ciri ada pada telefon ini termasuk speaker stereo, kalis air dan debu IP53, serta pengimbas cap jari di dalam skrin. Ia juga menyokong NFC, WiFi 6, Bluetooth dan 5G.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh baca reviu penuh kami tentang Infinix Zero 30 5G di sini.

Tags: InfinixInfinix Zero 30
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
[Reviu] Infinix Zero 30: Seimbang dalam semua aspek, tapi tidak untuk kamera dan fungsi pintar

Infinix Zero 30 5G dilancar di Malaysia, mampu merekod 4K 60FPS pada harga RM1,299

2 November 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER