• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo tawar data percuma 25GB serta pas 5G & SMS sangat murah dalam kemaskini pelan terbaru

  • OLEH Najib
  • 12:50 pm
  • 02/11/2023
  • Komen
Yoodo tawar data percuma 25GB serta pas 5G & SMS sangat murah dalam kemaskini pelan terbaru
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pelanggan Yoodo, tawaran RM20 20GB pastinya paling menarik untuk dilanggan. Tetapi kini Yoodo telah mengemaskini tawaran mereka dan anda boleh mendapatkan lebih banyak data bersama pas 5G pada harga lebih murah.

Yoodo kini mengadakan promosi data bonus 5G, menyediakan 25GB data berkelajuan tinggi secara percuma. Tetapi ia hanya diberikan untuk pengguna yang melanggan pelan data asas berkelajuan tinggi di antara 40GB sehingga 100GB bersama pas 5G. Seperti biasa, promosi ini terbuka kepada semua pengguna Yoodo, termasuk pengguna yang baru berdaftar.



Promosi terbaru ini ditawarkan dari 1 November 2023 sehingga satu tarikh yang belum diberitahu. Mungkin ia sama seperti tawaran RM20 20GB yang sudah bertahun-tahun dijalankan tanpa ada tanda-tanda akan ditamatkan dalam masa terdekat.

Untuk menerima data 25GB percuma ini sangat mudah. Hanya langgan pelan data asas berkelajuan tinggi, antara 40GB ke 100GB bersamas pas 5G. Anda akan dapat melihat data percuma terus ditambah ke dalam pelan tersebut.



Contohnya, langgan pelan 40GB berharga RM40 akan dapat 65GB. Langgan data 60GB RM58 pula akan dapat 85GB. Pelanggan data 100GB RM78 pula akan menerima 125GB. Bagaimanapun, melanggan data 150GB atau 200GB tidak akan menerima sebarang data percuma. Mungkin kerana ia sudah cukup murah.

Pas 5G lebih murah

Semasa mengumumkan kedatangan 5G, Yoodo mengenakan caj RM10 untuk menambah akses 5G kepada data sedia ada. Tetapi sebagai promosi pengenalan, pengguna hanya perlu membayar RM5 sahaja.

Pasti ramai pengguna melihat pas 5G ini terlalu mahal kerana ia hanya memberi akses 5G, tiada sebarang data tambahan. Mungkin dari situ, Yoodo kini menawarkan pas 5G dari serendah RM1 dan paling mahal RM5. Ia bergantung kepada data yang anda beli.

Pas 5G RM5 dikenakan untuk pembelian data asas berkelajuan tinggi 2GB dan 6GB. Manakala pengguna yang membeli data asas 10GB, 20GB, 24GB dan 20GB, boleh membeli pas 5G berharga RM3 sahaja. Untuk data asas 40GB dan ke atas, harga pas 5G jatuh ke RM1 sahaja. Masih perlu bayar untuk menggunakan 5G.

Berikut adalah harga data asas bersama pas 5G:

  • 2GB data (RM12) + Pas 5G (RM5) – RM17
  • 6GB data (RM15) + Pas 5G (RM5) – RM20
  • 10GB data (RM18) + Pas 5G (RM3) – RM21
  • 20GB data (RM20) + Pas 5G (RM3) – RM23
  • 24GB data (RM23) + Pas 5G (RM3) – RM26
  • 30GB data (RM35) + Pas 5G (RM3) – RM38
  • 65GB data (RM40) + Pas 5G (RM1) – RM41
  • 85GB data (RM58) + Pas 5G (RM1) – RM59
  • 105GB data (RM68) + Pas 5G (RM1) – RM69
  • 125GB data (RM78) + Pas 5G (RM1) – RM79
  • 150GB data (RM88) + Pas 5G (RM1) – RM89
  • 200GB data (RM98) + Pas 5G (RM1) – RM99

Pas SMS jauh lebih murah

Di samping data dan pas 5G, Yoodo juga telah memperkenalkan satu lagi pas baru iaitu pas SMS RM1. Pas ini membolehkan pengguna menghantar sehingga 10 SMS. Sebelum ini, pas SMS paling murah berharga RM3 yang memberikan 50 SMS.

Bagaimanapun, pas SMS RM1 hanya boleh dibeli jika ada membeli data asas berkelajuan tinggi. Tanpa data asas, pengguna hanya boleh membeli pas SMS termurah RM3.

Dengan pembaharuan ini, Yoodo menawarkan pilihan lebih berbaloi untuk pengguna. Data lebih banyak, pas 5G lebih murah dan penggunaan SMS tanpa membayar lebih kerana tidak banyak digunakan. Untuk maklumat lanjut, layari FAQ Yoodo 5G Bonus Data.

Walaupun terus menerus memperbaharui pelan, masa hadapan Yoodo masih kelam dan kabur kerana masih tiada khabar berita, siapakah yang akan mengambil alih Yoodo daripada Celcom. Ini kerana salah satu syarat yang dikenakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) apabila membenarkan penggabungan Celcom dan Digi, adalah menjual pegangan Yoodo kepada pihak ketiga dalam tempoh 18 bulan.

CelcomDigi telah bergabung pada 1 November 2022. Bermakna, ada masa lagi 6 bulan untuk penjualan pegangan Yoodo dimuktamadkan. Jika tidak, adakah Yoodo akan dapat meneruskan perkhidmatannya?

Bacaan Berkaitan

  • Yoodo kini menyokong 5G dengan akses percuma
  • Pengguna Yoodo perlu bayar lebih untuk akses 5G selepas promosi tamat bulan depan
  • SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
  • Senarai pelan 5G termurah di Malaysia, dari RM15 sebulan
Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo tawar data percuma 25GB serta pas 5G & SMS sangat murah dalam kemaskini pelan terbaru

Yoodo tawar data percuma 25GB serta pas 5G & SMS sangat murah dalam kemaskini pelan terbaru

2 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER