• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Rakyat Malaysia kecewa lihat Asus sokong Israel, terharu dengan usaha Asus Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:27 pm
  • 06/11/2023
  • Komen
Rakyat Malaysia kecewa lihat Asus sokong Israel, terharu dengan usaha Asus Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia menunjukkan solidariti yang tinggi terhadap Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel. Salah satu langkah yang diambil adalah memboikot pihak yang dilihat menyokong Israel, seperti yang dibuat terhadap McDonald dan Grab. Kelihatan seperti Asus juga menyokong Israel, apabila seorang pengguna X memuat naik status mengutuk tindakan tersebut.

Menurut @AzyanDraws, dia adalah seorang pelukis ilustrasi digital dan terlibat dalam program kreatif bersama Asus Malaysia. Azyan telah mempromosikan produk Asus dalam beberapa siri kempen dan gembira kerana Asus juga berminat bekerjasama dan menggunakan hasil kerjanya.



A career suic1de I guess, but I dont choose to be self-employed for not having my freedom of speech.

I demand the take down of @asus israel post!! pic.twitter.com/fRUJPIgL9R

— AzyanDraws🇲🇾| local acc (@AzyanDraws) November 5, 2023

Tetapi Azyan merasa amat kecewa apabila mendapati status yang terdapat di akaun Instagram rasmi Asus Israel. Status tersebut menyebut, Asus Israel sentiasa menyokong pasukan tentera Israel dalam waktu sukar ini.

Sehubungan itu, Azyan meminta Asus untuk menarik balik status tersebut dan tidak kisah jika perkara ini akan menamatkan kerjasama dia dan Asus. Rentetan dari itu, muncul suara pengguna X yang berhasrat untuk memboikot produk Asus kerana menyokong tindak rejim zionis.



Asus Malaysia minta ibupejabat bertidak

Selepas itu, Azyan memaklumkan bahawa Asus Malaysia telah menghubunginya dan bersetuju dengan dia bahawa Asus Israel perlu memadam status tersebut. Asus Malaysia turut menjamin akan berusaha bersungguh-sungguh meminta ibu pejabat Asus untuk menekan Asus Israel supaya memadam status sokongan itu.

UPDATE: Asus Malaysia contacted me conveying that they agree that ASUS Israel’s post should be taken down, they assured me that they’re working hard on contacting the HQ to pressure the Israeli branch to take down the post.

I commend them for understanding why I was vocal about… pic.twitter.com/u74lNVJVeo

— AzyanDraws🇲🇾| local acc (@AzyanDraws) November 6, 2023

Melihatkan kesungguhan Asus Malaysia, Azyan berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong Asus kerana ia tindakan yang terpencil oleh segelintir cawangan, bukan menunjukkan pendirian Asus secara keseluruhan.

Asus perlu berusaha keras pulihkan imej

Jika dilihat boikot yang dialami McDonald Malaysia sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan beberapa kali, ia menjadi sangat serius apabila McDonald Israel menyatakan sokongan kepada tentera Israel sambil memberi makan percuma. Tiada tindakan dikenakan oleh ibupejabat McDonald di Amerika Syarikat, sehingga memaksa McDonald di setiap negara Islam mengeluarkan kenyataan tentang sumbangan mereka kepada rakyat Palestin. Tetapi ia masih tidak dapat meredakan kemarahan rakyat Malaysia.

pic.twitter.com/Tx0kNNtU49

— McDonald's Malaysia (@McDMalaysia) October 15, 2023

Perkara yang sama terjadi kepada Grab, apabila isteri kepada CEO menyatakan rasa sayangnya terhadap Israel dan berkongsi gambar percutian keluarga di sana. Sudah pasti ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia sekaligus menyuarakan hasrat memboikot Grab. Hari ini, Grab Malaysia mengumumkan pula derma RM1 juta kepada tabung Palestin, dilihat untuk meredakan suhu amarah di Malaysia.

Untuk Makluman Segera. pic.twitter.com/PjJYENBXNv

— Grab Malaysia (@GrabMY) November 3, 2023

Adakah Asus Malaysia akan ditimpa nasib yang serupa? Sokongan tersebut disuarakan oleh cawangan di sana dan tidak disokong oleh ibupejabat mahupun Asus Malaysia sendiri. Situasi yang serupa dengan McDonald tetapi Asus tidak menunjukkan sebarang sumbangan fizikal, hanya sokongan moral dinyatakan.

Mungkin Asus Malaysia tidak akan dilanda kempen boikot tetapi mereka perlu berhati-hati terhadap sebarang tindakan yang dibuat oleh orang lain. Paling penting, harus memahami sentimen rakyat tempatan terhadap sesuatu isu berskala besar seperti ini.

Bacaan Berkaitan

  • Rakyat Malaysia laung boikot & buang app Grab selepas isteri CEO dilihat bersimpati dengan Israel
  • Grab sumbang RM1 juta untuk Palestin, akan gandakan derma pengguna kepada MERCY Malaysia
Tags: asusPalestin
Najib

Najib

POPULAR

Rakyat Malaysia kecewa lihat Asus sokong Israel, terharu dengan usaha Asus Malaysia

Rakyat Malaysia kecewa lihat Asus sokong Israel, terharu dengan usaha Asus Malaysia

6 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN