• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Touch n Go eWallet akhirnya ada fungsi paling berguna, aktifkan GoRewards sekarang

  • OLEH Najib
  • 11:54 am
  • 06/11/2023
  • Komen
Touch n Go eWallet akhirnya ada fungsi paling berguna, aktifkan GoRewards sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Touch n Go mengumumkan kemaskini baharu iaitu penambahan ciri mata ganjaran yang dipanggil sebagai GOrewards. Dengan GoRewards, pengguna yang berbelanja menggunakan TNG eWallet akan menerima mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran. Bagaimanapun, pengguna perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu.

Touch n Go eWallet boleh dikatakan sebagai eWallet paling aktif dan banyak digunakan di Malaysia. Ia juga telah menjadi sebuah SuperApp atau aplikasi yang menyediakan banyak perkhidmatan di dalam perisian, antaranya pembayaran bil, letak kereta, pelaburan dan banyak lagi. Tetapi ia kekurangan satu perkara sangat penting, mata ganjaran. Ini menjadikannya kurang menarik berbanding eWallet seperti GrabPay dan Boost.



Cara mengaktifkan GOrewards

Jika anda sudah memiliki akaun TNG eWallet, buka aplikasi tersebut dan pergi ke bahagian GOrewards yang baru ditambah. Tekan butang “Join Now” dan anda sudah bersedia untuk mengumpul mata ganjaran setiap kali berbelanjan dengan TNG eWallet.

Cara mendapatkan mata GOrewards

Tetapi tak semua transaksi TNG eWallet akan menerima mata ganjaran GOrewards untuk permulaan. Di laman TNG eWallet ia menerangkan, hanya transaksi melibatkan kod QR TNG dan kad TNG Visa sahaja akan mendapat mata ganjaran iaitu:



  1. Imbas kod QR peniaga yang menggunakan kod QR TNG eWallet
  2. Imbas DuitNow QR peniaga yang menggunakan DuitNow QR oleh TNG eWallet
  3. Kod QR TNG eWallet pengguna diimbas oleh peniaga
  4. Berbelanja menggunakan kad TNG eWallet Visa

Selain itu, tidak semua transaksi di dalam aplikasi akan mendapat mata ganjaran buat masa ini. Antara yang mendapat ganjaran adalah:

  1. Pembelian atas talian menggunakan TNG eWallet dan kad TNG eWallet Visa
  2. Pembayaran bil di dalam aplikasi TNG eWallet
  3. Pembelian insuran di dalam aplikasi TNG eWallet
  4. Penghantaran wang luar negara menerusi GOremit

Nampak gaya transaksi seperti membayar tol dan meletak kenderaan di dalam aplikasi masih belum mendapat mata ganjaran. TNG memaklumkan, mereka sedang berusaha untuk menjadikan semua transaksi berkaitan TNG diberi mata ganjaran GOrewards. Ia dijangka akan selesai pada suku pertama 2024.

Antara ganjaran yang boleh ditebus dengan mata GOrewards

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Touch n Go GOrewards.

Bacaan Berkaitan

  • Touch ‘n Go lancarkan Oyen, Charm siri Furry baharu untuk peminat kucing
  • Touch n Go eWallet akan kenakan caj tambahan untuk tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000
  • 10 eWallet Asia termasuk Touch n Go diterima di China menerusi AliPay+
Tags: GOrewardsTNG GOrewardsTouch n GoTouch n Go eWalletTouch n Go GOrewards
Najib

Najib

POPULAR

Touch n Go eWallet akhirnya ada fungsi paling berguna, aktifkan GoRewards sekarang

Touch n Go eWallet akhirnya ada fungsi paling berguna, aktifkan GoRewards sekarang

6 November 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER