• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemegang konsesi lebuh raya kurang berkenan cadangan MLFF kerajaan, ini sebabnya.

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:57 pm
  • 07/11/2023
  • Komen
Plaza tol MyRFID Touch n Go
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengumumkan yang pelaksanaan Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) di Malaysia akan engandungi komponen Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) dan juga Pengecaman Frekuensi Radio (RFID).

Lebuhraya Sungai Besi jadi lokasi pertama ujian tol bebas palang MLFF



Objektif yang ingin dicapai adalah pengguna lebuh raya tidak perlu lagi berhenti di plaza tol sekali gus mempertingkat kelancaran aliran trafik serta membuatkan proses mengutip tol lebih cekap.

Menuju lebuh raya MLFF tanpa monopoli TNG, apa kerajaan buat selama ini?



Walau bagaimanapun, bilakah MLFF akan dilaksanakan masih lagi menjadi tanda tanya, katanya dalam tahun 2024.

Kerajaan cadang satu syarikat swasta kutip tol bagi pihak semua konsesi lebuh raya

Sebilangan pemegang konsesi lebuh raya dikhabarkan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya tol dikutip oleh satu entiti swasta bagi pihak mereka. Tanpa memberitahu syarikat yang mana, menurut sumber, entiti tersebut ada kaitan dengan tenaga, telekomunikasi, dan pembinaan.

Dalam cadangan tersebut, dianggarkan yang RM3.46 billion diperlukan untuk menaik taraf 33 lebuh raya seluruh Malaysia untuk implementasi MLFF yang merangkumi kos operasi, selenggara, dan pengutipan tol di semua plaza toll.

Syarikat yang dicadangkan untuk menjadi kontraktor pengutipan ini dipercayai dilantik secara terus dan prinsipal sewaktu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya.

Secara keseluruhannya, walaupun MLFF adalah satu inisiatif yang sangat baik, ketaktelusan dalam perundingan menjadi perencat kepada kemajuan sistem jalinan lebuh raya Malaysia.

Tags: MLFFmyrfidTOL
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Plaza tol MyRFID Touch n Go

Pemegang konsesi lebuh raya kurang berkenan cadangan MLFF kerajaan, ini sebabnya.

7 November 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN