• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Coros Pace 3 mula dijual pada 10 November, jam kecergasan terbaik dan murah untuk BBNU

  • OLEH Najib
  • 8:03 pm
  • 08/11/2023
  • Komen
Coros Pace 3 mula dijual pada 10 November, jam kecergasan terbaik dan murah untuk BBNU
Share on FacebookShare on Twitter

Coros Pace 3 akhirnya akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Ia telah dilancarkan di peringkat antarabangsa pada Ogos 2023, menampilkan banyak ciri-ciri baru dan hebat untuk sebuah jam kecergasan mampu milik.

Jika anda belum kenal, Coros merupakan pengeluar jam kecergasan seperti Garmin, Suunto atau Polar, tetapi pada harga lebih murah. Malah, ia sering kali dinobatkan sebagai jam permulaan terbaik untuk mereka yang baru mahu berjinak dalam aktiviti kecergasan. Coros Pace 3 akan menggantikan tempat Coros Pace 2, yang dilancar tiga tahun lepas iaitu Ogos 2020.



Harga dan Tarikh Jualan

Pengguna di Malaysia akan boleh mendapatkan jam Coros Pace 3 mulai hari Jumaat ini, 10 November 2023. Harga rasminya kekal di bawah RM1,000 iaitu RM999 sahaja. Ini kenaikan RM100 dari harga rasmi Pace 2, tetapi sangat berbaloi jika dibandingkan dengan fungsi baru yang dilengkapi.

Harga Coros Pace 3 di Malaysia

Menurut Coros Malaysia, Coros Pace 3 akan terdapat secara eksklusif menerusi pengedar sah Coros, serta atas talian di Pangu.my, Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Coros Pace 3

Coros berbangga dengan Pace 2 sebagai jam GPS berbilang sukan paling ringan di dunia. Hal yang serupa dikekalkan pada Pace 3 iaitu berat hanya 30 gram bersama tali nilon, atau 39 gram dengan tali silikon. Walaupun sama ringan, ia telah ditambah dengan begitu banyak fungsi baru.

Spesifikasi Coros Pace 3

Skrin di Coros Pace 3 kini ada fungsi sentuh, tidak hanya terhad beroperasi menggunakan butang di sisi. Ia jenis LCD transflektif yang jenis kelihatan di bawah matahari, beruluran 1.2-inci. Kacanya jenis mineral dan badan pula diperbuat daripada polimer plastik.

Tali Coros Pace 3 kini lebih lebar, tetapi mengekalkan keserasian universal. Ia kini menggunakan standard 22mm berbanding 20mm di Pace 2. Coros menyediakan dua jenis tali iaitu nilon atau silikon, dengan beberapa pilihan warna.

Pilihan tali jam Coros Pace 3

Jika Coros Pace 2 dahulu terkenal dengan bateri tahan sangat lama sehingga 20 hari, Pace 3 dipertingkat daya tahannya sehingga 24 hari penggunaan biasa. Penggunaan GPS juga lebih lama, sehingga 38 jam berterusan. Cara mengecas juga sama, perlu dicucuk di belakang. Masih tiada sokongan magnetik.

Penjejak lokasi kini disokong menerusi lima sistem satelit (GPS, GLONASS, Galileo, Beidou, QZSS). Ia turut menyokong dwi-jalur frekuensi satelit untuk menjejak lokasi dengan lebih tepat dan jitu. Pace 3 juga kini boleh digunakan untuk navigasi dengan makluman membelok, fungsi yang sukar ditemui pada jam kecergasan di bawah RM1,000. Pengguna juga boleh mencipta laluan navigasi dengan mudah menerusi aplikasi Coros.

Memainkan muzik luar talian tanpa sokongan peranti juga merupakan satu ciri hebat yang baru di Coros Pace 3. Bagaimanapun, ia hanya boleh memainkan lagu fail MP3, tiada sokongan strim platform muzik seperti Spotify. Storan yang disediakan seluas 4GB.

Dengan segala kecanggihan dan fungsi baru, tidak dilupakan adalah teras utama iaitu memantau kecergasan. Coros Pace 3 dilengkapi sensor denyutan nadi optikal baharu untuk memantau pelbagai aktiviti seperti degupan jantung, tidur, SpO2 dan banyak lagi. Sensor ini menggunakan 5 LED dan 4 pengesan cahaya, di dalam lapisan kaca.

Pilihan aktiviti kecergasan sangat meluas di Coros Pace 3, termasuk aktiviti duathlon dan triathlon. Malah, pengguna kini disajikan dengan akses percuma tanpa had kepada pelbagai latihan di peranti. Antaranya EvoLab, Training Hub, Coaches serta pelan tertentu, termasuk larian 5K, Ultra dan banyak lagi. Aktiviti di dalam air juga tiada masalah kerana Coros Pace 3 mampu bertahan sehingga 5ATM.

Paling penting, pelbagai data dan maklumat yang dirakam di Coros Pace 3 boleh dikaji dan diteliti lebih mendalam di dalam aplikasi Coros, yang boleh dimuat turun di Apple AppStore dan Google PlayStore. Ia juga boleh diselaraskan kepada aplikasi pihak ketiga seperti Strava, Nike Run Club, Apple Health, dan Health Connect. Pengguna juga boleh melihat notifikasi terbaru, dan dimaklumkan tentang panggilan masuk. Terdapat juga fungsi Find My Phone dan kawalan kamera termasuk GoPro dan Insta360 pada jam.

Coros telah berjaya meningkatkan lagi tahap sebuah jam kecergasan di dalam pakej yang sangat mampu milik, dengan Pace 3. Ini adalah pilihan yang lebih baik berbanding Garmin Forerunner 55 yang dilancar tahun 2021 dahulu. Jika berminat, jangan lupa untuk mendapatkannya mulai 10 November 2023. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Coros Pace 3.

Bacaan Berkaitan

  • Amazfit Balance, pertama dengan ZeppOS 3.0 dengan tanda harga RM1,099
  • Amazfit Cheetah: Alternatif lebih mampu milik kepada variasi Pro tanpa kompromi besar
  • T-Rex Ultra, penjejak aktiviti paling canggih Amazfit ditawarkan pada RM1,899
Tags: CorosCoros Pace 3jam kecergasan
Najib

Najib

POPULAR

Coros Pace 3 mula dijual pada 10 November, jam kecergasan terbaik dan murah untuk BBNU

Coros Pace 3 mula dijual pada 10 November, jam kecergasan terbaik dan murah untuk BBNU

8 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER