• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Carian Google AI kini tersedia buat pengguna di Malaysia, tapi lebih mesra Indonesia

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:23 pm
  • 10/11/2023
  • Komen
Carian Google AI kini tersedia buat pengguna di Malaysia, tapi lebih mesra Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter

Google telah mengumumkan fungsi carian berteraskan AI yang dinamakan Search Generative Experience (SGE) telah diperluaskan ke lebih 120 negara, termasuk Malaysia. Ini bermakna pengguna di Malaysia boleh memanfaatkan carian menggunakan AI untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat.

Menggunakan ciri Search Generative Experience, jawapan yang dijana AI akan dipaparkan di bahagian teratas hasil carian, sebelum hasil carian web. Hasil carian AI ini juga akan disertakan sekali bersama pelbagai pautan dari sumber asal berdasarkan hasil carian yang berkaitan.



Orang ramai boleh mengaktifkan ciri ini melalui laman Google Search Labs. Tetapi anda perlu tahu yang ia hanya boleh dilakukan menerusi pelayar Google Chrome di komputer ataupun aplikasi Google di telefon pintar yang tersedia di App Store dan Google PlayStore, dan bukannya aplikasi Google Chrome.

Dengan ciri carian Google AI ini, ia membolehkan pengguna untuk membuat carian yang lebih menyeluruh dari pelbagai prespektif, di samping memudahkan pengguna untuk mencari tanpa perlu menggunakan kata kunci spesifik. Tambahan pula, ia juga membenarkan pengguna untuk memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dengan menggunakan hanya satu carian.



Untuk konteks lebih atau pencarian yang lebih mendalam pada sesuatu topik, pengguna boleh menanyakan soalan susulan di ruangan ‘Ask a follow up’. Keupayaan ini akan dikeluarkan untuk pengguna bahasa Inggeris dalam beberapa minggu akan datang.

Dalam masa sama, Google juga menggunakan ciri penjanaan AI ini untuk meningkatkan keupayaan menterjemah. Ia akan membolehkan pengguna boleh menterjemah dengan lebih tepat. Jika sesuatu perkataan itu boleh membawa kepada dua maksud, ia akan menggariskannya dan anda boleh memilih perkataan dan menentukan apa maksud yang ingin ditujukan.

Walau bagaimanapun, ciri penjanaan AI ini tidak menyokong pertanyaan dalam bahasa Melayu. Selain bahasa Inggeris, pada perkembangan terbaru ini, Google telah menambah sokongan untuk pertanyaan dalam bahasa Sepanyol, Portugis, Korea dan Indonesia.

Anda juga perlu tahu yang ciri penjanaan AI ini masih diperingkat eksperimen, dengan mereka menyatakan setiap kali membuat carian. Jadi anda masih perlu menyemak sendiri maklumat yang dicari adalah sahih.

[Sumber: Google]

Tags: Googlesearch generative experience
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Carian Google AI kini tersedia buat pengguna di Malaysia, tapi lebih mesra Indonesia

Carian Google AI kini tersedia buat pengguna di Malaysia, tapi lebih mesra Indonesia

10 November 2023
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN