• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dua hari tol percuma sempena Deepavali mulai esok

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:29 am
  • 10/11/2023
  • Komen
PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya bermula Sabtu hingga Ahad, sempena sambutan perayaan Deepavali.

Pengecualian tol yang bermula pada 11 November 2023, jam 12.01 pagi sehingga 12 November 2023 akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.



Pemilihan tarikh ini bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar. Ia juga dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan seperti pengurusan kawalan trafik, sumber air tambahan, penyediaan tandas serta keperluan logistik lain yang melibatkan pihak ketiga di kawasan hentian sebelah (Lay By) dan kawasan Rehat & Rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali. Dianggarkan jumlah trafik dalam masa dua hari tersebut adalah sebanyak 11.8 juta kenderaan.



Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemas kini menerusi media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LMM) di Facebook atau X secara berkala. Untuk talian bantuan LLM pula, hubungi 1-800-88-7752.

Bacaan berkaitan:

  • 11 lebuhraya mula guna Sistem Pembayaran Terbuka, Jambatan Pulau Pinang akan laksana kemudian
  • Lebuhraya DUKE terima pembayaran kad kredit dan debit bermula 28 Ogos
  • Lebuhraya MEX: Bayar tol guna kad kredit, Samsung Pay atau Apple Pay lagi cepat dari Touch n Go?
Tags: DeepavaliTol percuma
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama

Dua hari tol percuma sempena Deepavali mulai esok

10 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN