• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama zte

ZTE Blade V50 Design: Hanya RM599 tapi skrin HD Penuh, storan 256GB

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:04 pm
  • 10/11/2023
  • Komen
ZTE Blade V50 Design: Hanya RM599 tapi skrin HD Penuh, storan 256GB
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak sampai setahun memperkenalkan Blade V40 Design, ZTE Malaysia telah melancarkan sebuah lagi telefon mampu milik dalam siri Blade, iaitu Blade V50 Design. Ia mendukung rekaan dan spesifikasi hampir sama dengan model terdahulu, tapi menggunakan cip berbeza dan tersedia dengan storan lebih besar.

Harga dan ketersediannya

Menariknya, harga pelancaran Blade V50 Design ini lebih rendah berbanding Blade V40 Design sebelum ini walaupun ia tersedia dalam konfigurasi lebih besar. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:



  • ZTE Blade V50 (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM599

Sebagai perspektif anda, Blade V40 Design dilancar pada tanda harga RM649 dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Ini menjadikan model terbaru ini RM50 lebih murah walaupun ada naik taraf pada RAM dan storannya.

Bagi mereka yang berminat, Blade V50 Design ini akan boleh mula didapati orang ramai bermula 11 November 2023 di stor rasmi ZTE di Lazada dan Shopee.



Spesifikasi Blade V50 Design

ZTE Blade V50 Design ini mempunyai paparan yang sama seperti Blade V40 Design terdahulu. Ia menggunakan skrin LCD 6.6 inci pada resolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran sehingga 90Hz. Ia masih menggunakan skrin dan bingkai bersisi rata, dengan badan tebal hanya 8.3mm.

Model terbaharu ini lebih murah mungkin disebabkan ia mengguna pakai cip yang lebih perlahan, dengan dikuasakan SoC Unisoc T606 berkelajuan 1.6GHz berbanding lade V40 Design yang menggunakan Unisoc Tiger T616 2GHz. Bersama SoC tersebut, Blade V50 Design ini digandingkan bersama RAM 8GB dengan storan 256GB.

Sekiranya RAM tidak mencukupi, ia boleh diperluas secara dinamik 10GB lagi menjumlahkan RAM 18GB yang boleh digunakan. Terdapat juga slot kad MikroSD untuk dimanfaat, dan ia menyokong peggunaan dua kad sim.

Di bahagian pengimejan, ia menggunakan tiga set kamera yang sama iaitu kamera utama 50MP, yang dibantu dengan kamera 2MP dan kamera depth. Selfie ditangkap dengan kamera hadapan beresolusi 8MP.

Tenaga telefon disalur oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan 22.5W melalui USB-C. Ia turut mempunyai NFC, 4G, jek audio 3.5mm dan datang dalam tiga warna ungu, hitam dan hijau.

Tags: Blade V50 DesignZTEZTE Blade V50 Design
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ZTE Blade V50 Design: Hanya RM599 tapi skrin HD Penuh, storan 256GB

ZTE Blade V50 Design: Hanya RM599 tapi skrin HD Penuh, storan 256GB

10 November 2023
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN