• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank2u Biz akan diwajibkan guna Secure2u, aktifkan sekarang elak menunggu 12 jam

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:08 pm
  • 14/11/2023
  • Komen
231114 Maybank2u Biz
Share on FacebookShare on Twitter

Maybank mengumumkan semua transaksi daripada aplikasi dan platform web Maybank2u Biz (M2U Biz) akan memerlukan pengesahan Secure2u. Semua pemegang akaun Maybank2u Biz disyorkan untuk mengaktifkan pengesahan Secure2u sebelum 26 November 2023.

Manakala sebarang pengaktifan Secure2u untuk aplikasi Maybank2u Biz selepas 26 November 2023 akan memerlukan tempoh pengaktifan minimum 12 jam, seperti akaun Maybank biasa.



Penggunaan Secure2u pada Maybank2u Biz menggariskan komitmen Maybank untuk menyampaikan penyelesaian perbankan yang selamat dan mudah bagi membendung urus niaga tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan terhadap pelanggan, sejajar dengan teras strategik Maybank untuk M25+ dalam mempergiatkan tumpuan pelanggannya.

Cara aktifkan Secure2U di aplikasi Maybank2u Biz

231114 Maybank2u Biz
  1. Muat turun aplikasi Maybank2u Biz pada peranti mudah alih daripada Apple Apps Store (iOS 12.0 ke atas) dan Google Play Store (Android 9.0 ke atas).
  2. Buka aplikasi Maybank2u Biz dan pilih “Pusat Kawalan” yang terletak pada bahagian atas sebelah kiri aplikasi.
  3. Pilih “Tetapan”.
  4. Pilih “Keselamatan”.
  5. Hidupkan “Secure2u” untuk pengaktifan.

Mengaktifkan Secure2u pada Maybank2u Biz tidak memerlukan langkah tambahan untuk pengesahan di ATM, seperti pengaktifan pengesahan Secure2u pada aplikasi MAE bagi pengguna kali pertama dan peranti baharu.



Peranti sama untuk aplikasi MAE

Tapi peranti saya sudah didaftarkan Secure2u untuk aplikasi MAE, jadi boleh ke gunakan peranti yang sama bagi Secure2u untuk Maybank2u Biz?

Jangan susah hati, anda masih boleh mendaftarkan peranti sama bagi menggunakan Secure2u untuk membenarkan transaksi daripada aplikasi MAE dan Maybank2u Biz.

Jenis transaksi Secure2u Maybank2u Biz

Pengesahan Secure2u pada aplikasi Maybank2u Biz diperlukan untuk meluluskan transaksi melalui aplikasi akan dibahagikan kepada dua fasa.

Untuk fasa pertama, bermula 26 November 2023, Secure2U diperlukan untuk transaksi melibatkan:

  • Pemindahan dana kepada penerima baharu
  • Pindahan dana ke akaun kegemaran
  • Menambah akaun kegemaran baharu untuk pindahan 
  • Pindahan DuitNow kepada penerima sekali sahaja
  • Pindahan DuitNow memindahkan ke akaun kegemaran
  • Menambah akaun kegemaran untuk penerima DuitNow 

Manakala untuk fasa kedua yang bermula 20 Januari 2024 akan diperluaskan kepada:

  • Peletakan, penambahan dan pengurusan Deposit Tetap
  • Pemindahan Telegraf Asing
  • Menambah akaun kegemaran dalam pemindahan Telegraf Asing
  • Bayaran sekali sahaja
  • Pembayaran kepada akaun penerima kegemaran
  • Menambah akaun penerima kegemaran baharu
  • Pembayaran JomPAY sekali sahaja
  • Pembayaran JomPAY kepada akaun penerima kegemaran
  • Menambah akaun penerima kegemaran baharu pada JomPAY
  • Bayaran Pukal
  • Bayaran Berkanun
  • ASNB
  • Pertukaran Soalan Cabaran Maybank2u
  • Menukar Imej Tapak Kepada Pengguna
  • Pendaftaran DuitNow
  • Pengurusan DuitNow
  • Pengurusan Had Transaksi
  • Pengurusan Kad
  • Permohonan dalam talian
  • Pembayaran FPX

Jadi pada anda yang mempunyai akaun Maybank2u Biz dan masih belum mengaktifkan Secure2u di aplikasi Maybank2u Biz, sebaiknya aktifkan sekarang bagi mengelakkan sebarang gangguan transaksi. Kalau tunggu selepas 26 November 2023, kena hadap tempoh bertenang 12 jam nanti.

[Sumber: Maybank, Maybank FAQ]

Bacaan berkaitan:

  • Maybank Secure2u kini perlu diaktifkan di ATM untuk keselamatan lebih terjamin
  • Bagaimana nak aktifkan Secure2u Maybank melalui ATM jika berada luar negara? Ini caranya
  • Maybank umum Secure2u hanya boleh diaktifkan melalui ATM bermula 31 Oktober
Tags: duitnowM2U BizMaybankMaybank Secure2umaybank2u bizSecure2u
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
231114 Maybank2u Biz

Maybank2u Biz akan diwajibkan guna Secure2u, aktifkan sekarang elak menunggu 12 jam

14 November 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN