• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung akan hasilkan telefon lipat murah bawah RM2,000 tahun depan?

  • OLEH Najib
  • 12:21 pm
  • 15/11/2023
  • Komen
Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2023 menyaksikan lebih ramai pengeluar menghasilkan telefon dengan skrin boleh lipat. Di Malaysia sendiri, peminat ada banyak pilihan selain telefon keluaran Samsung, antaranya Honor Magic Vs, Oppo Find N3 serta Tecno Phantom V Fold.

Walaupun begitu, harga telefon lipat masih tidak begitu rahmah. Tetapi ada laporan mengatakan, Samsung mahu memecahkan sempadan harga ini apabila dijangka akan melancarkan telefon lipat lebih murah tidak lama lagi.



Samsung Galaxy Z Fold 5

Firma penyelidik TrendForce menyebut, Samsung akan menghasilkan telefon lipat yang lebih mampu dimiliki pada pertengahan tahun 2024. Tidak pula dinyatakan telefon yang bagaimana akan dikeluarkan.

Dalam satu berita lain pula, pembocor berita Revegnus berkongsi bahawa Samsung menetapkan harga untuk telefon lipat mampu milik mereka sekitar USD400 ke USD500, atau sekitar RM1,800 ke RM2,300. Ini menghampiri harga telefon Samsung Galaxy A54 iaitu RM1,899 di Malaysia.



Rata-rata menyebut, ini adalah kesinambungan kepada model FE yang digunakan secara meluas oleh Samsung tahun ini, untuk produk dengan prestasi tinggi tetapi harga lebih murah. Selain telefon pintar Galaxy S23 FE, Samsung juga telah melancarkan tablet Galaxy Tab S9 FE dan fon putik Galaxy Buds FE.

Galaxy Buds FE, Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9 FE

Kalau telefon lipat murah ini menjadi kenyataan, ia mungkin dinamakan Galaxy Z Flip 5 SE, atau Galaxy Z Fold 5 SE. Itu pun jika ia dilancarkan sebelum peranti lipat baru Samsung diperkenal tahun hadapan.

Untuk rujukan, telefon lipat termurah yang ada dijual di Malaysia adalah Tecno Phantom V Flip, berharga RM2,999. Ia adalah peranti kelas pertengahan yang dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 6nm, dengan skrin lipat AMOLED 6.9-inci di dalam serta skrin luar AMOLED 1.32-inci di luar. Kameranya di belakang gabungan kamera utama 64MP dan kamera ultralebar 13MP. Kamera di dalam pula 32MP.

Tecno Phantom V Flip

Adakah Samsung boleh mengekalkan ciri flagship seperti kalis air dan pengecas wayarles untuk telefon lipat ini. Sama-sama kita nantikannya.

[Sumber: Android Authority 1, 2]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi
  • Samsung Galaxy Z Fold 5, pengalaman komputer diperhebat di peranti lipat kalis air
  • Galaxy S23 FE dipertingkat dengan kamera sehebat Galaxy S23 dan USB-C setara iPhone 15 Pro
Tags: samsungtelefon lipat
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Flip 5, tak perlu lagi buka skrin untuk guna aplikasi

Samsung akan hasilkan telefon lipat murah bawah RM2,000 tahun depan?

15 November 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN