• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 13C hanya RM499, skrin lebih pantas dan besar dari iPhone 15 Plus

  • OLEH Najib
  • 12:57 pm
  • 16/11/2023
  • Komen
Redmi 13C hanya RM499, skrin lebih pantas dan besar dari iPhone 15 Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memberi petunjuk ringkas beberapa hari, Xiaomi Malaysia kini mengumumkan ketibaan telefon pintar murah terbaru mereka, Redmi 13C. Ia adalah telefon pintar yang benar-benar murah kerana harga rasminya tidak sampai RM500.

Harga dan Ketersediaan

Telefon Redmi 13C boleh dibeli di Malaysia pada harga RM499 sahaja dengan varian berikut:



  • Redmi 13C (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM499
Harga Redmi 13C di Malaysia. sumber

Gambar tersebut menunjukkan RAM 12GB kerana ia ditambah RAM maya. RAM sebenar hanya 6GB dan ditambah RAM maya 6GB, menjadikan jumlah RAM 12GB. Menurut Xiaomi, Redmi 13C akan mula dijual atas talian minggu ini. Jualan terbuka pula bermula pada 25 November 2023. Telefon ini boleh didapati dari semua pengedar sah Xiaomi, serta di kedai online Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Agak malang kerana saudara kembarnya, Poco C65 yang memiliki spesifikasi serupa, dijual dengan varian storan lebih besar 256GB. Tetapi Redmi 13C boleh dibeli dalam empat pilihan warna iaitu hitam, biru, putih dan hijau.



Pilihan warna Redmi 13C

Spesifikasi Redmi 13C

Disebabkan Redmi 13C adalah kembar Poco C65, maka spesifikasi dan rupanya adalah serupa. Apa yang berbeza pada fizikalnya adalah warna dan kedudukan logo di belakang. Poco C65 ditampal logo Poco yang besar di tepi kamera, manakala Redmi 13C dikenakan logo kecil Redmi di bawah.

Rupa belakang Redmi 13C

Prestasi pada Redmi 13C dikuasakan cip Mediatek Helio G85 12nm, bersama RAM LPDDR4X tetapi masih dengan storan eMMC 5.1. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan ruang storan.

Skrin masih jenis LCD, tetapi agak luas iaitu 6.74-inci dengan kadar penyegaran 90Hz, kendatipun resolusi HD 720p sahaja. Kecerahannya setinggi 450 nits dan boleh mencecah puncak setinggi 600 nits. Berita baik, ia menggunakan kaca Corning Gorilla yang teguh untuk lapisan hadapan.

Rupa hadapan Redmi 13C

Hanya ada dua kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera makro 2MP. Ada kelihatan lensa ketiga tetapi ia dikatakan kamera auxiliary, biasanya merujuk kepada kamera bantuan untuk bokeh atau potret. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Rakaman video hanya sehingga FHD 30FPS.

Kamera belakang dan bateri Redmi 13C

Kapasiti bateri agak biasa iaitu 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 18W, menerusi sambungan USB-C. Tetapi kesenjangan berlaku apabila Xiaomi menjelaskan Redmi 13C hanya datang dengan pengecas 10W di dalam kotak. Perkara yang serupa di Poco C65.

Pengimbas capjari terdapat di sisi, bergabung di dalam butang kuasa. Speaker pula hanya mono yang menembak ke bawah, tetapi ia masih ada jek audio 3.5mm.

Redmi 13C menyokong NFC, serta rangkaian 4G sahaja, tiada 5G. Ia juga dilengkapi Bluetooth 5.1 dan WiFi AC, tanpa sokongan WiFi 6. Sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13 digunakan sebagai penggerak utama perisian di telefon ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi 13C.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 13C, telefon baru termurah Xiaomi akan datang ke Malaysia untuk menyaingi Poco C65
  • Poco C65, telefon murah dengan storan besar 256GB dari RM519 sahaja
  • Redmi 12 dilancar bawah RM600, lebih murah jika ditempah awal
Tags: mobileRedmi 13cxiaomiXiaomi Redmi 13C
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 13C hanya RM499, skrin lebih pantas dan besar dari iPhone 15 Plus

Redmi 13C hanya RM499, skrin lebih pantas dan besar dari iPhone 15 Plus

16 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER