• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pertemuan McDonald’s dan SKMM bukan seperti yang anda sangka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:27 pm
  • 20/11/2023
  • Komen
Tiga Pengumuman Penting McDonald’s Malaysia Yang Pasti Mengiurkan Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Rentetan daripada berita yang kami utuskan tentang McDonald’s yang dilapor mula menggunakan saluran undang-undang untuk menangani isu boikot yang nampaknya meruncing dihadapi jenama makanan segera itu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) adalah nama yang dipetik Ketua Pegawai Teknologi (CTO), Zaid Hasman tentang pertemuannya dengan pengerusi.

McDonald’s Malaysia minta SKMM campur tangan isu boikot?



Kami telah menghubungi SKMM untuk penjelasan dan telah menerima balasan tentangnya.

SKMM tidak terlibat dengan Akta Hasutan 1948

Melalui respon yang dibekalkan kepada kami, SKMM menjelaskan yang mereka tidak terlibat dengan Akta Hasutan 1948 kerana itu bukanlah bidang kuasa mereka. Punca kuasa SKMM adalah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Walau bagaimanapun, mereka mengesahkan telah menerima aduan daripada Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. namun buat masa ini masih belum membuka sebarang kertas siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

McDonald’s Malaysia berdepan boikot

McDonald’s dan boikot bukanlah perkara baharu dan ia nampak seperti bermusim, terutamanya apabila konflik Palestin dan Israel dilapor memuncak. Duta Palestin ke Malaysia pernah menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas tindakan boikot jenama-jenama berkaitan Israel. Antara jenama yang disentuh adalah seperti McDonald’s dan Starbuck.

Setiap kali itulah McDonald’s menegaskan yang mereka tidak mempunyai kaitan dengan penyaluran dana ke rejim Zionis di Israel. Jenama McDonald’s di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. yang merupakan 100% pemilikan Muslim dan mereka membayar lebih RM12 juta zakat ke seluruh negeri di Malaysia. Sebagai rujukan, McDonald’s Malaysia mencatatkan perolehan sebanyak RM2.35 billion dalam tahun kewangan 2022.

Tags: mcdonaldsPalestinSKMM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tiga Pengumuman Penting McDonald’s Malaysia Yang Pasti Mengiurkan Anda

Pertemuan McDonald’s dan SKMM bukan seperti yang anda sangka

20 November 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER