• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Proton S70: 5 perkara yang perlu anda tahu tentang pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:18 am
  • 20/11/2023
  • Komen
Proton S70

Proton S70

Share on FacebookShare on Twitter

Proton S70 adalah kereta baharu yang bakal dilancarkan oleh jenama pengeluar kereta nasional kita tak lama lagi. Harganya masih belum ada namun ia katanya sangat kompetetif, anda boleh bayangkan harga sebuah Segmen B boleh dapatkan anda kereta bersaiz Segmen C.

Proton S70
Proton S70

Mendekati hari pelancaran, semakin banyak maklumat berkaitannya dikongsikan. Malah kami telah dijemput untuk memandu uji kereta ini secara ringkas di atas litar ujian Proton Center of Excellence Shah Alam baru-baru ini.



Proton S70
Proton S70

Sementara menunggu harga dan bilakah ia akan dijual, berikut adalah 5 perkara yang perlu anda tahu tentang Proton S70.

Proton S70
Proton S70

1. Proton S70: Geely Emgrand yang dinusantarakan

Ramai sedia maklum yang Proton S70 dibangun berasaskan Geely Emgrand. Sungguhpun begitu, Proton tidaklah mengambilnya bulat-bulat. Jurutera-jurutera Proton masih perlu melakukan pengubahsuaian bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan, bermula dengan rekaan fizikalnya sendiri.



Proton S70
Proton S70

Paling ketara adalah pada jeriji pelindung radiator yang menggunakan rekaan batik “Infinite Weave”, sama seperti model-model Proton sedia ada.

Pada segi saiz, ia didapati lebih lebar daripada Proton Persona, Honda Civic, Toyota Corolla, Honda City, dan Toyota Vios.

Kemudian, jarak tayarnya adalah lebih panjang berbanding Persona dan dua segmen B popular Honda dan Toyota.

2. Proton S70: Enjin 1.5L turbo dengan sistem DCT

Lagi bahagian yang menerima talaan jurutera tempatan adalah enjin dan transmisi. Proton memaklumkan yang Proton S70 telahpun diuji selama 75,000 jam dan menempuhi perjalanan sejauh 1.2 juta kilometer untuk disuaikan dengan keadaan jalan dalam negara.

Proton S70
Proton S70

Proton X70 ditunjangi enjin 1.5L turbo yang dipadankan dengan sistem DCT 7 kelajuan. Gandingan ini membuahkan 150Ps dengan tork setinggi 226Nm. Sebagai perbandingan, Geely Emgrand yang dijual di China diperkasa enjin 1.5L alami dengan 114Ps dan 147Nm tork.

Proton S70
Proton S70

Walaupun Proton meletakkan S70 dalam segmen C, kereta ini di negara asalnya adalah dalam segmen B. Malahan, asas senibinanya juga dinamakan B-segment Modular Architecture (BMA) dan platform yang sama turut digunakan pada Proton X50.

Proton S70
Proton S70

3. Proton S70: 4 varian ditawarkan daripada Executive hingga Flagship X

Proton X70 ditawarkan dalam 4 varian iaitu:

  • Proton S70 1.5T Executive
  • Proton S70 1.5T Premium
  • Proton S70 1.5T Flagship
  • Proton S70 1.5T Flagship X

Yang bagusnya, sistem janakuasa dan transmisi kekal sama merentasi varian.

Proton S70
Proton S70

Varian paling asas menerima kelengkapan seperti beg udara SRS, sistem lane change assist, brek parkir elektric, roda 16”, kerusi fabrik, dan sistem inforia 8”. Bila anda naik ke varian Premium, anda dapat lampu depan LED, lampu belakang hujung ke hujung, kerusi kulit sintetik, dan kamera undur.

Flagship dan Flagship X adalah varian paling premium dengan kelebihan Flagship X cuma pada sunroof. Varian Flagship ada kelebihan berbanding Premium daripada segi kehadiran ADAS, sistem pemantau tekanan tayar, roda 17”, speedometer LCD 10.3”, kerusi pemandu berkuasa elektrik, sistem inforia 12.3”, kemudahan pengecasan wayarles, dan kamera 360 darjah.

4. Proton S70: Advanced Driver Assistance System

Proton S70 dilengkapi sejumlah ciri bantu pandu dan ia mirip dengan apa yang ditawarkan Proton X90.

Proton S70
Proton S70

Anda terima ciri seperti:

  1. Autonomous Emergency Braking
  2. Forward Collision Warning
  3. Adaptive Cruise Control with Stop & Go
  4. Intelligent Cruise Control
  5. Lane Departure Warning
  6. Lane Departure Prevention
  7. Lance Centering Control
  8. Traffic Sign Information
  9. Intelligent High Beam Control
  10. Lane Change Assist
  11. Door Opening Warning
  12. Rear Collision Warning
  13. Rear Cross Traffic Alert

Proton S70 tidak mempunyai ciri Automatic Parking Assist seperti yang dinikmati Proton X90.

5. Proton S70: 5 port USB, pengecasan wayarles, dan sistem inforia

Di bahagian kabin, kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah cukup sama ada untuk penumpang depan ataupun penumpang belakang.

Sejumlah 5 port USB disediakan. 2 port untuk kegunaan penumpang depan dan 1 port di bahagian cermin depan untuk dashcam. Ada pad pengecas wayarles disediakan untuk pengecasan bebas kabel.

Proton S70
Proton S70

Penumpang belakang boleh memanfaatkan 2 port USB, satu Type-A dan satu lagi Type-C.

Sistem inforia untuk varian Flagship dan Flagship X adalah bersaiz 12.3” LCD beresolusi 720p. Ia menjalankan sistem operasi Atlas OS dan aplikasi-aplikasi penstriman terkenal boleh dimuat turun melalui gedung dalam talian yang disediakan untuk anda isi storan dalaman 64GB dan RAM 8GB.

Proton S70
Proton S70

Sistem navigasi juga disediakan terus ke papan pemuka namun ia bukanlah Waze ataupun Google. Lagi yang kurang menarik adalah ia masih tidak menyokong Android Auto dan juga Apple CarPlay.

Proton S70
Proton S70
Proton S70
Proton S70
Tags: protonProton S70
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Proton S70

Proton S70: 5 perkara yang perlu anda tahu tentang pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla ini

20 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER