• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengesahan akaun WhatsApp melalui emel kini tersedia, boleh masuk tanpa SMS

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:25 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
Pengesahan akaun WhatsApp melalui emel kini tersedia, boleh masuk tanpa SMS
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp kini dilaporkan telah mengeluarkan kemas kini terbaru membolehkan pengguna untuk menggunakan emel sebagai cara pengesahan. Ini bermakna pengguna boleh menerima 6 kod digit untuk melog masuk akaun WhatsApp melalui alamat emel selain menggunakan kaedah SMS.

Ciri ini pada awalnya dikeluarkan di peringkat beta, dan sekarang ia telah tersedia untuk khalayak ramai dalam kemas kini terbaru versi 23.24.70 di iOS. Bagaimanapun, ciri ini bukanlah pengganti pengesahan SMS, tapi ia adalah salah satu cara lain bagi pengguna yang berada di kawasan tanpa sambungan selular yang bagus, tapi memiliki sambungan WiFi bagi melog masuk akaun WhatsApp.



Namun, perlu untuk tahu yang dengan ciri ini, pengguna masih perlu menggunakan nombor telefon untuk mencipta akaun, dan tidak boleh melog masuk menggunakan emel sahaja. Log masuk menggunakan nombor telefon atau melalui SMS masih kekal sebagai pilihan.

Untuk menambah alamat emel di akaun WhatsApp, pengguna boleh pergi ke ‘Settings’, lihat pada bahagian ‘Account’ dan pilih ‘Email Address’ jika ada. WhatsApp akan menyatakan yang emel hanya akan digunakan untuk pengesahan akaun, dan tidak akan boleh dilihat oleh pengguna lain.



Walau bagaimanapun, jika anda pengguna iOS danmasih belum menerima ciri ini, jangan risau. Anda mungkin akan menerimanya dalam beberapa minggu akan datang. Bagi pengguna Android pula, tiada maklumat bila ia akan dikeluarkan. Jadi untuk tidak terlepas, pastikan anda sentiasa kemas kini WhatsApp dari masa ke semasa.

[Sumber: 9to5mac]

Bacaan berkaitan

  • WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember
  • WhatsApp dah boleh guna 2 akaun dalam 1 telefon, ini caranya untuk tambah akaun kedua
  • WhatsApp akan lebih selamat dengan penyulitan salinan hujung-ke-hujung
Tags: whatsappwhatsapp beta
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pengesahan akaun WhatsApp melalui emel kini tersedia, boleh masuk tanpa SMS

Pengesahan akaun WhatsApp melalui emel kini tersedia, boleh masuk tanpa SMS

21 November 2023
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER