• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Xperia 5 V mula dijual dengan hadiah percuma WF-1000XM5 bernilai RM1,399

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:21 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
Sony Xperia 5 V mula dijual dengan hadiah percuma WF-1000XM5 bernilai RM1,399
Share on FacebookShare on Twitter

Sony pada September lalu telah memperkenalkan telefon terbaru mereka, Xperia 5 V. Ia merupakan telefon berkelas flagship dengan badan kompak dan mengekalkan dua ciri yang sudah pupus dalam kategorinya iaitu slot mikro SD dan jek audio.

Kini, Sony Malaysia mengumumkan ia telah memasuki pasaran Malaysia dan boleh didapati pengguna tempatan. Sony juga mengadakan tawaran menarik sehingga hujung tahun ini sempena pelancarannya di Malaysia.



Harga dan promosi Sony Xperia 5 V

Sony Xperia 5 V tersedia dalam satu varian dan di Malaysia, ia dijual pada harga RM4,999. Menariknya, Sony Malaysia akan menyertakan rebat TnG eWallet bernilai RM50 serta fon putik Sony WF-1000XM5 (bernilai RM1,399) secara percuma jika anda membuat pembelian dari sekarang sehingga Disember 2023.

Bukan itu sahaja, pembeli dalam tempoh promosi juga akan menerima casing lutsinar dan kaca pelindung skrin. Jikalau anda berminat untuk dapatkan Sony Xperia 5 V ini, anda boleh belinya di stor atas talian Sony di sini.



Spesifikasi Sony Xperia 5 V

Sony Xperia 5 V merupakan sebuah telefon kompak dengan paparan berukuran 6.1 inci dalam nisbah 21:9. Paparannya menggunakan panel OLED pada resolusi HD Penuh dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Melindungi skrin adalah kaca Corning Gorilla Glass Victus 2, dan ia memiliki tahap kalis air dan debu IP68.

Atas papan utama, ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 2 yang turut digabungkan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Storan boleh diperluaskan lagi 1TB dengan slot Mikro SD. Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mAh, bersama pengecasan bewayar 30W dan terdapat juga sokongan pengecasan wayarles.

Di sistem pengimejan, ia mengguna pakai dua kamera di belakang, dengan kamera utamanya memanfaatkan sensor Exmor T sebesar 1/1.35″ seperti yang terdapat di Xperia 1 V, tapi pada resolusi 48MP f/1.9. Satu lagi kamera adalah kamera ultra lebar 12MP f/2.2. Tugas selfie dilunaskan oleh kamera hadapan 12MP f/2.0.

Masih terdapat port jek audio 3.5mm untuk keperluan audio secara berwayar, dan pengimbas cap jari terdapat di butang kuasa. Ia turut menyokong sambungan Bluetooth 5.3, WiFi 6E, NFC dan juga 5G. Ia tersedia dalam satu warna sahaja iaitu hitam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Xperia 5 V di sini.

Bacaan berkaitan

  • Sony Xperia 10 V dilancar pada harga RM2,199, telefon kelas pertengahan dengan DNA kamera flagship
  • Telefon flagship Sony Xperia 1V dilancar, harga lagi keras daripada Galaxy S23 Ultra & iPhone 14 Pro Max
  • Sony Xperia I V mula dijual di Malaysia dengan hadiah WH-1000XM5 sepanjang Julai 2023
Tags: SonyXperia 5 V
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sony Xperia 5 V mula dijual dengan hadiah percuma WF-1000XM5 bernilai RM1,399

Sony Xperia 5 V mula dijual dengan hadiah percuma WF-1000XM5 bernilai RM1,399

21 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER