• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak perlu lagi terikat kontrak telco, Realme 11x 5G dah mula jual di kedai

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:37 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
231121 Realme 11x5G
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat Realme 11x 5G, anda kini oleh membelinya melalui kedai jenama Realme dan pengedar rasminya serta stor dalam talian Shopee dan Lazada pada harga RM999.

Sebelum ini telefon pintar 5G termurah Realme ini hanya tersedia secara eksklusif melalui U Mobile, Unifi Mobile dan Maxis dengan kontrak pelan pascabayar U Postpaid 68, U Postpaid 98, Unifi Home dan Internet Plan serta Zerolution 24M dan kontrak Maxis.



Spesifikasi Realme 11x 5G

Telefon keluaran Realme ini dikuasakan cip Mediatek Dimensity 6100+ 5G 6nm bersama RAM LPDDR4x 8GB, malah dengan teknologi Dynamic RAM Expansion ia boleh ditingkatkan sehingga 16GB. Manakala untuk storan dalamannya adalah 128GB dan boleh menerima kad mikroSD sehingga 2TB.

Skrinnya jenis LCD seluas 6.72-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Ia ada kecerahan setinggi 550 nits dan kecerahan puncak mencecah 680 nits. Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W melalui USB-C.



Telefon pintar yang tampil dengan reka bentuk S-melekuk yang dicapai melalui salutan kecerunan lapan lapisan dan proses pasir berkilauan ini menggunakan sistem operasi Realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

Dua kamera di belakangnya adalah kamera utama AI 64MP F1.79 dengan 2x In-Sensor Zoom dan kamera potret 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 8MP F2.05. Ia dipasangkan dengan speaker mono dengan jek audio 3.5mm di bawah telefon.

Bagi pasaran Malaysia, Realme 11x 5G ini ditawarkan dalam dua warna pilihan, iaitu Hitam dan Ungu.

Untuk maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini, anda boleh layar laman web rasmi Realme.

Bacaan berkaitan:

  • Realme 11x 5G dilancar di Malaysia, boleh dapat percuma di U Mobile
  • Realme C53 kini dengan storan dua kali ganda dan RAM 8GB pada harga kekal murah
  • Pengguna Realme GT2 Pro boleh uji Android 14 sekarang tetapi tempat terhad, daftar segera di sini
Tags: RealmeRealme 11x 5G
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231121 Realme 11x5G

Tak perlu lagi terikat kontrak telco, Realme 11x 5G dah mula jual di kedai

21 November 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

14 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN