• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S24 akan dilancar berdekatan Apple Park, sebulan lebih awal

  • OLEH Najib
  • 1:23 pm
  • 22/11/2023
  • Komen
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengadakan acara Galaxy Unpacked 2023 pada awal Februari 2023, yang memperkenal barisan telefon flagship siri Galaxy S23. Kini telah muncul laporan yang menyatakan, Samsung mahu melancarkan siri Galaxy S24 pada tarikh lebih awal.

Portal berita The Elec dari Korea Selatan menyatakan, Samsung Electronics telah mengesahkan bahawa acara Galaxy Unpacked 2024, akan diadakan pada 17 Januari 2024. Tambah menarik apabila Samsung dikatakan mahu mengubah lokasi pelancaran, dari New York awal tahun ini kepada San Jose, Amerika Syarikat.



San Jose menjadi pusat kepada gergasi teknologi kerana terletaknya Lembah Silikon atau Silicon Valley. Antara syarikat yang terdapat di situ adalah Microsoft, Google dan seteru utama Samsung di bidang telefon pintar, Apple. Samsung dikatakan memilih San Jose kali ini kerana kerjasama rapat dengan Google, selain mahu memberi tekanan kepada Apple.

Dijual mulai 30 Januari

Dalam pelancaran Galaxy Unpacked 2024, Samsung akan memperkenal tiga model telefon pintar iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra. Tiada perubahan ahli dalam siri ini, sama seperti beberapa generasi sebelumnya.



Pelancaran ini akan diadakan pada 17 Januari 2024, dan tempahan awal akan terus dibuka pada hari yang sama. Tempahan awal ini berjalan dari sehingga 25 Januari, dan penghantaran tempahan ini dibuat antara 26 hingga 30 Januari. Jualan terbuka pula dibuat mulai 30 Januari 2024.

Gambaran warna Galaxy S24 Ultra. sumber

Berdasarkan sejarah sebelum ini, Malaysia dijangka akan berada dalam gelombang terawal untuk tempahan awal dan jualan siri Galaxy S24. Kebiasaannya, harga rasmi di Malaysia akan diumum sejurus tamat majlis pelancaran antarabangsa dan promosi tempahan awal akan turut diumumkan serentak.

Harga Galaxy S24 kekal

Samsung dikatakan akan mengekalkan harga siri Galaxy S24, sama seperti siri Galaxy S23. Antara pembaharuan besar pada siri Galaxy S24 adalah penggunaan Galaxy AI yang menggantikan Bixby.

Tentang cip yang akan digunakan, laporan menyebut Samsung akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 pada model Galaxy S24 Ultra di semua pasaran, tetapi mencampurkan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan Exynos 2400 di pasaran terpilih. Malah, cip Snapdragon 8 Gen 3 yang digunakan berbeza dari biasa, dikatakan Samsung sekali lagi mendapat keistimewaan eksklusif seperti di siri Galaxy S23.

Gambaran Galaxy S24 Ultra. sumber

Selain itu, Samsung juga akan menggunakan bingkai titanium di Galaxy S24 Ultra seperti iPhone 15 Pro Max, menggantikan bingkai aluminium di siri Galaxy S23. Malah, Galaxy S24 Ultra juga akan menggunakan skrin rata, tidak lagi skrin melengkung. Walaupun begitu, sisi telefon hanya akan sedikit melengkung, tidak seperti di Galaxy S23 Ultra.

[Sumber: Sammobile, TheElec]

Bacaan Berkaitan

  • Samsung Galaxy S23 & S23+: SoC baharu dengan bateri lebih besar merentasi generasi
  • Samsung Galaxy S23 Ultra: Naik taraf terbanyak di kamera dengan Astrofotografi, Dwi-Piksel PDAF & 200MP
  • Galaxy S23 jadi yang terawal terima Android 14 di Malaysia, ada penyunting video Studio
Tags: Galaxy S24Galaxy S24 UltrasamsungSamsung Galaxy S24Samsung Galaxy S24 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Galaxy S24 akan dilancar berdekatan Apple Park, sebulan lebih awal

22 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER