• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan yakin EV keluaran Proton dan Perodua lebih mampu milik dihasilkan menjelang 2025

  • OLEH Najib
  • 6:24 pm
  • 22/11/2023
  • Komen
Kerajaan yakin EV keluaran Proton dan Perodua lebih mampu milik dihasilkan menjelang 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Kenderaan elektrik atau EV semakin banyak berada di jalanraya di Malaysia. Ia disumbang oleh langkah kerajaan yang mahu meningkatkan penggunaan EV, dengan memperkenal pelbagai pengecualian cukai buat pembeli serta pengeluar EV. Malah, kerajaan juga yakin bahawa pengeluar kenderaan tempatan akan dapat menghasilkan EV tidak lama lagi.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau optimis bahawa syarikat tempatan mampu mengeluarkan EV nasional pertama menjelang tahun 2025. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga telah menerima perkembangan terkini tentang perancangan syarikat tempatan.



“Malah, di MITI mereka ada berkongsi perkembangan terkini mengenai perancangan mereka. Pasukan kita dari MITI juga terlibat dalam memahami kemajuan ini. Jadi setakat ini, nampaknya boleh dicapai, kalau dengar daripada taklimat syarikat nasional, kita akan dapat capai matlamat yang kita sasar, pada 2025,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita di majlis pelancaran EV Smart #1.

Pelancaran Smart #1

Selain itu, Proton Holdings Bhd selaku pengeluar kenderaan nasional turut menunjukkan komitmen dalam pelaburan stesen pengecasan EV. Malaysia diyakini dapat menyediakan 10,000 unit pengecas EV di seluruh negara seperti yang disasarkan menjelang 2025, tambah Tengku Zafrul.



Berkenaan had harga minima RM100,000 untuk EV siap pasang (CBU), Tengku Zafrul menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia telah memberi banyak insentif untuk EV tetapi, insentif ini mesti dapat dinikmati semua rakyat Malaysia, bukan sahaja mereka yang mampu membeli EV. Kerajaan mahu mendemokrasikan penggunaan EV, salah satu caranya dengan memastikan lebih ramai rakyat mampu membeli EV.

Sehubungan itu, kerajaan mahu pengeluar kenderaan antarabangsa untuk bekerjasama membina ekonomi dalam negara, dengan membuka kilang pemasangan tempatan, sekaligus menjadikan harga EV lebih murah.

Proton sebelum ini telah menyatakan bahawa mereka telah mempercepatkan perancangan untuk menghasilkan EV sendiri 2 tahun lebih awal, iaitu pada tahun 2025. Menurut Timbalan CEO Proton Holdings Bhd, Roslan Abdullah, Proton bekerjasama dengan Geely untuk mengenalpasti model EV yang mampu milik dan praktikal, supaya dapat disesuaikan dengan keperluan pasaran Malaysia.

[Sumber: Awani]

Bacaan Berkaitan

  • Proton dan Perodua diminta percepat hasilkan EV lebih murah
  • Kenderaan elektrik berjenama Proton akan dilancar sebelum 2027
  • Harga Smart #1 diumum bawah RM190k dan pemberian percuma sangat lumayan
Tags: EV MalaysiaMITIPeroduaprotonTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Kerajaan yakin EV keluaran Proton dan Perodua lebih mampu milik dihasilkan menjelang 2025

Kerajaan yakin EV keluaran Proton dan Perodua lebih mampu milik dihasilkan menjelang 2025

22 November 2023
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN