• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Blade A54 hanya RM369 tetapi spesifikasi melebihi jangkaan, waranti 18-bulan

  • OLEH Najib
  • 7:00 pm
  • 23/11/2023
  • Komen
ZTE Blade A54 hanya RM369 tetapi spesifikasi melebihi jangkaan, waranti 18-bulan
Share on FacebookShare on Twitter

ZTE Malaysia baru-baru ini telah berkongsi tentang telefon pintar baru mereka yang akan dijual di Malaysia tidak lama lagi, ZTE Blade A54. Menariknya, telefon pintar ini sangat murah, tetapi lengkap dengan ciri-ciri asas untuk digunakan seharian.

Harga dan Ketersediaan

Agak menakjubkan kerana telefon ini boleh dijual di bawah RM400, walaupun dengan spesifikasi yang lebih baik daripada harganya. Orang ramai boleh mendapatkan telefon baru ZTE ini di Malaysia, dengan harga rasmi seperti berikut:



  • ZTE Blade A54 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM369
Harga dan Spec ZTE Blade A54

Telefon pintar ZTE Blade A54 akan dijual di Malaysia mulai hari Jumaat, 24 November 2023. Ia boleh dibeli di Stor Online ZTE Malaysia di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi ZTE Blade A54

Sebagai telefon yang sangat murah, tidak mengejutkan apabila ZTE Blade A54 hanya menggunakan cip Unisoc T606 8-teras berkelajuan 1.6GHz. Tetapi apa yang membuatkan ia sangat berbaloi adalah RAM dan storan yang agak besar iaitu 4GB di RAM dan 128GB untuk storan.



Skrin di hadapan juga sangat besar, berukuran 6.6-inci jenis LCD dengan resolusi HD 720p. Terdapat takuk kecil di atas skrin, memuatkan kamera hadapan yang tidak dinyatakan resolusi. Di belakang, ia ada dwi kamera iaitu kamera utama 13MP dan kamera kedua dipanggil kamera AI.

Tidak mengecewakan juga pada bateri, kerana telefon ini memiliki bateri 5,000mAh dan ia mengecas melalui sambungan USB-C, bukan mikroUSB. Tetapi ia hanya menyokong pengecasan 10W.

Walaupun harganya tidak sampai RM400, ZTE Blade A54 dilengkapi pengimbas capjari yang terletak di dalam butang kuasa di sisi. Ia turut memiliki tiga slot kad, dua untuk kad SIM 4G LTE dan satu lagi kad mikroSD. Jek audio juga masih ada di bawah telefon.

Sistem operasi pula diiklankan menggunakan Android T, atau nama lainnya Android 13. Ia masih dikira agak baru untuk peranti murah sebegini, tetapi jangan terlalu berharap akan dapat naik taraf ke Android 14.

Di Lazada dan Shopee., ZTE Blade A54 dijual dengan dua pilihan warna iaitu kelabu dan ungu. Malah, ia ditampal dengan logo jaminan selama 18-bulan atau 1.5 tahun, pastinya lebih menarik berbanding kebiasaan hanya 12-bulan.

ZTE Blade A54 dijamin 18-bulan

[Sumber: ZTE Malaysia]

Bacaan Berkaitan

  • ZTE Blade V50 Design: Hanya RM599 tapi skrin HD Penuh, storan 256GB
  • Nubia Neo 5G hadir ke pasaran Malaysia, telefon gaming bawah RM1,000 lengkap dengan “Game Space”
  • ZTE Blade V40 Design telefon mampu milik dengan NFC, mula dijual di Malaysia
Tags: mobileTelefon MurahZTEZTE Blade A54
Najib

Najib

POPULAR

ZTE Blade A54 hanya RM369 tetapi spesifikasi melebihi jangkaan, waranti 18-bulan

ZTE Blade A54 hanya RM369 tetapi spesifikasi melebihi jangkaan, waranti 18-bulan

23 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER