• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Maps kenalkan ciri baru, mampu cegah kandungan palsu di balai polis

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:13 am
  • 25/11/2023
  • Komen
Google Maps akan benarkan pengguna lukis atau padam jalan di peta
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa perubahan telah dilakukan Google pada Google Maps untuk menghalang pengguna daripada menghantar kandungan ulasan palsu yang melanggar dasar polisi.

Memandangkan terdapat lebih daripada 300 juta pengguna yang berkongsikan pengalaman mereka di Google Maps saban tahun, cara ini pastinya dapat membantu menjadikan setiap maklumat yang dipaparkan di platform berkenaan lebih tepat.



Terdapat tiga cara yang akan dilakukan pihak Google untuk menghentikan kandungan yang melanggar dasar polisi mereka daripada dihantar.

1. Pemantauan berterusan

Yang pertama, melibatkan pemantauan berterusan kandungan ulasan yang disumbangkan dan mengesan sebarang corak luar biasa. Seperti ulasan 1-bintang yang muncul banyak secara tiba-tiba.



Apabila kandungan sedemikian dikesan, Google akan bertindak pantas dan melaksanakan perlindungan untuk mencegah penyalahgunaan selanjutnya. Ini termasuk mengalih keluar kandungan ulasan yang melanggar dasar atau melumpuhan hantaran kandungan baharu buat sementara waktu.

2. Tempoh waktu sensitif

Selain pemantauan dan perlindungan berterusan, Google juga akan memfokuskan untuk mencegah penyalahgunaan sebelum tempoh waktu sensitif seperti pilihan raya, perarakan atau acara penting lain.

Google akan melindungi tempat secara proaktif, mengehadkan keupayaan pengguna untuk mencadangan pengeditan pada nombor telefon, alamat dan fakta lain, bagi membantu menghentikan penyebaran maklumat yang salah.

3. Perlindungan jangka panjang

Akhir sekali, Google tidak akan membenarkan ulasan Google Maps untuk tempat tertentu seperti penjara dan balai polis. 

Menurut Google, tempat-tempat tersebut mempunyai perlindungan jangka panjang kerana sumbangan pengguna secara konsisten tidak membantu, berbahaya atau di luar topik.

Malah sekiranya pengguna cuba menulis ulasan untuk penjara di Google Maps, mereka akan menerima pemberitahuan yang menyatakan fungsi ulasan telah dimatikan, diikuti dengan pautan ke dasar polisi syarikat.

Dalam bulan lepas, Google telah mengemas kini fungsi Immersive View yang membolehkan pengguna mendapat gambaran laluan lebih baik untuk ciri navigasinya.

Selain itu melalui Lens in Maps yang juga telah dikemas kini,  ia membolehkan pengguna menggunakan kamera telefon untuk mengimbas bangunan berdekatan. Seterusnya kamera akan menghurai nama kedai, ulasan dan maklumat lain berkenaan imej yang dilihatnya.

Baguslah Google dah buat polisi macam ini, kuranglah sikit ulasan-ulasan yang merapu dan tidak sesuai dengan apa yang kita cari.

[Sumber: Google]

Bacaan berkaitan:

  • Kemas kini baru Google Maps lebih memudahkan pengguna, ini sebabnya…
  • Lepas ini boleh angkat tangan terus masa Google Meet, tapi kena aktifkan dulu
  • Banyak akaun Google akan dipadam Disember nanti, cepat semak akaun anda
Tags: Googlegoogle maps
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Google Maps akan benarkan pengguna lukis atau padam jalan di peta

Google Maps kenalkan ciri baru, mampu cegah kandungan palsu di balai polis

25 November 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN