• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lepas ini boleh angkat tangan terus masa Google Meet, tapi kena aktifkan dulu

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:01 pm
  • 23/11/2023
  • Komen
231123 Google Meet Angkat Tangan
Share on FacebookShare on Twitter

Lepas ini, anda tidak perlu lagi tercari-cari butang ‘angkat tangan’ kerana Google Meet kini boleh mengesan apabila anda mengangkat tangan semasa sidang berlangsung. 

Pengesanan gerak isyarat ini tidak dihidupkan secara lalai. Anda mesti mendayakannya dengan pergi ke More Options > Reactions > Hand Raise Gesture.



Menggunakan ciri angkat tangan Google Meet

Pun begitu untuk ciri tersebut, sudah tentu anda tidak boleh mengangkat tangan hingga melepasi paras kepala, seperti budak sekolah yang teruja kerana isyarat pengesanan tidak akan dapat mengesannya.

Berdasarkan hantaran di dalam blog Google, setelah pengesanan gerak isyarat didayakan, anda mesti mengangkat tangan dengan cara tertentu untuk mencetuskan pengesanan angkat tangan:



  • Tangan mesti boleh dilihat kamera
  • Tangan dijarakkan dari muka dan badan
  • Pastikan tangan diangkat sehingga bulatan pengesanan angkat tangan bertukar hijau (boleh lihat video di bawah)

Pengesanan angkat tangan ini juga dimatikan apabila anda merupakan individu yang sedang bercakap.

Perlu diingatkan bahawa admin tidak mempunyai kawalan ke atas ciri pengesanan tangan, jadi mereka tidak mempunyai keupayaan untuk menghidupkan atau mematikannya.

Setakat ini, fungsi pengesanan angkat tangan hanya terpakai untuk Google Workspace perniagaan, pendidikan dan perusahaan. Google tidak menyatakan sama ada terdapat perancangan untuk membawa ciri itu kepada pengguna dengan akaun peribadi.

Walaupun ciri ini memerlukan tempoh lebih kurang lima saat untuk bulatan pengesanan angkat tangan bertukar hijau, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah kita kelam-kabut nak cari butang kawalan Meet tu, terutamanya kalau secara mendadak ada soalan nak ditanya. Fungsi ini juga sama macam angkat tangan untuk selfie oleh Samsung.

231123 Google Meet Angkat Tangan

[Sumber: TheVerge, Blog Google ]

Bacaan berkaitan:

  • Banyak akaun Google akan dipadam Disember nanti, cepat semak akaun anda
  • WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember
  • Carian Google AI kini tersedia buat pengguna di Malaysia, tapi lebih mesra Indonesia
Tags: Googlegoogle meet
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231123 Google Meet Angkat Tangan

Lepas ini boleh angkat tangan terus masa Google Meet, tapi kena aktifkan dulu

23 November 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN