• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 100 & Honor 100 Pro dilancar, telefon pertama Snapdragon 7 Gen 3 dengan kamera pelik

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:49 pm
  • 27/11/2023
  • Komen
Siri Honor 100 bakal dilancar dengan modul kamera nampak sangat pelik
Share on FacebookShare on Twitter

Honor telah memperkenalkan telefon terbaru mereka yang merupakan pengganti kepada siri Honor 90, iaitu Honor 100 di China. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ia menampilkan dua model Honor 100 dan Honor 100 Pro dan hadir dengan modul kamera unik. Siri ini juga menampilkan penggunaan cip terbaru Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 yang dilancar tempoh hari.

Spesifikasi Honor 100

Honor 100 adalah model asas memiliki spesifikasi yang lebih santai berbanding Honor 100 Pro. Paparannya dipasangkan skrin melengkung 6.7 inci, memanfaatkan panel OLED pada resolusi 2664×1200 piksel. Skrinnya juga mempunyai warna gamut luas DCI-P3, dengan kecerahan puncak sehingga 2600 nits dan tahap PWM Dimming setinggi 3840Hz. Anda boleh temui pengimbas cap jari di dalam skrin.



Atas papan utama, ia dikuasakan cip kelas pertengahan terbaru Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3. Cip ini mempunyai 8 teras dan dibina dari proses 4nm TSMC dengan kelajuan sehingga 2.63GHz, dan menggunakan GPU Adreno 720. Cip tersebut digandingkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

Di samping itu, ia turut diperkasa cip tersuai Honor RF C1 untuk menambahbaik keupayaan panggilan. Dari segi perisan, ia menjalankan sistem operasi Android 13 yang diselaputi dengan MagicOS 7.2.



Di belakang telefon, terdapat ruang kamera modul separa bulat menempatkan kamera utama 50MP f/1.95 dengan OIS mengguna pakai sensor Sony IMX 906, bersama kamera ultralebar 12MP. Kamera utamanya menyokong rakaman sehingga resolusi 4K dengan sokongan EIS. Manakala untuk selfie, terdapat kamera hadapan 50MP yang terletak dalam lubang di tengah-tengah skrin.

Menyalurkan tenaga pada telefon adalah bateri berkapasiti 5,000mA, yang menyokong pengecasan pantas 100W melalui USB-C. Terdapat speaker stereo menembak atas dan bawah teleton serta ia didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu putih, ungu, biru dan hitam.

WWarna Honor 100

Spesifikasi Honor 100 Pro

Honor 100 Pro merupakan model lebih tinggi dengan spesifikasi bertaraf flagship. Seperti model asas, ia turut ada skrin OLED melengkung tapi berukuran lebih besar sedikit pada 6.78 inci pada resolusi 2700×1244 piksel. Kecerahan puncak masih pada 2600 nits dan juga memiliki tahap PWM setinggi 3840Hz untuk penjagaan mata lebih baik.

Panel bekalang Honor 100 Pro
Warna Honor 100 Pro

Panel belakangnya sedikit berbeza dengan model Honor 100. Ia hadir dalam empat warna yang sama, tapi mengguna pakai dua kemasan berbeza untuk warna ungu dan biru, di mana kelihatan seperti kulit di sebelah kanan panel.

Mengkuasakan telefon ini adalah cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Ia menjalankan sistem operasi MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Sistem pengimejan Honor 100 Pro mengguna pakai tetapan trikamera dalam ruang berbentuk bujur. Ia berkongsi dua modul kamera sama dengan model Honor 100, tapi memiliki tambahan kamera telefoto 32MP f/2.4 bersama sokongan OIS yang didakwa Honor mampu mengezum digital sehingga 50x. Untuk zum optikal, ia berupaya mengezum 2.5x.

Bahagian hadapan terdapat kamera selfie ditempatkan dalam ruang berbentuk pil, dengan lagi satu modul adalah kamera potret hadapan 2MP. Kapasiti bateri 5,000mAh dan sokongan pengecasan 100W juga boleh ditemui di model Pro, tapi ia mempunyai pengecasan wayarles pada 66W.

Honor 100 dan Honor 100 Pro tersedia dalam beberapa konfigurasi, dan telah boleh mula untuk dipra tempah di China. Berikut adalah harga rasminya di China:

  • Honor 100 (12GB+256GB) – CNY 2,499 (~RM 1,638)
  • Honor 100 (16GB+256GB) – CNY 2,799 (~RM 1,834)
  • Honor 100 (16GB+512GB) – CNY 2,999 (~RM 1,965)
  • Honor 100 Pro (12GB+256GB) – CNY 3,399 (~RM 2,228)
  • Honor 100 Pro (16GB+256GB) – CNY 3,699 (~RM 2,425)
  • Honor 100 Pro (16GB+512GB) – CNY 3,999 (~RM 2,621)
  • Honor 100 Pro (16GB+1TB) – CNY 4,399 (~RM 2,883)

Sebagai perbandingan, harga Honor 90 di Malaysia dilancar bermula RM1,799. Berkemungkinan ia juga akan dilancar di pasaran tempatan, tapi tidaklah pasti Honor akan membawa masuk model Pro atau tidak.

Tags: honorHonor 100Honor 100 Prosnapdragon 7 gen 3Snapdragon 8 Gen 2
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Siri Honor 100 bakal dilancar dengan modul kamera nampak sangat pelik

Honor 100 & Honor 100 Pro dilancar, telefon pertama Snapdragon 7 Gen 3 dengan kamera pelik

27 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER