• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Tambang istimewa AirAsia Ride ke Genting Highlands, serendah RM65 sehala

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:20 pm
  • 27/11/2023
  • Komen
231127 AirAsia Ride Genting
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Ride, platform e-hailing Airasia MOVE (dahulunya AirAsia Superapp) telah bekerjasama dengan Resort World Genting menyediakan tambang istimewa untuk melawat tempat peranginan berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AirAsia Ride, Lim Chiew Shan, “Resorts World Genting telah lama menjadi salah satu tarikan pelancong utama di Malaysia, dan telah berjaya memperkenalkan hospitaliti Malaysia yang terkenal di dunia,”



(dari kiri) Lim Chiew Shan (CEO AirAsia Ride) dan Spencer Lee (Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran dan MICE, Genting Malaysia Berhad)

Tambah beliau lagi, “Kami berbesar hati kerana dapat memudahkan perjalanan yang lebih lancar untuk pelancong ke Resort World Genting dengan menyediakan tambang terendah dari lapangan terbang dan dari mana-mana sahaja di Lembah Klang.”

Tambang istimewa Airasia Ride ke Resort World Genting

Berikut adalah senarai harga tambang istimewa untuk melawat Resort World Genting:



Dari atau ke KLIA T1 atau T2:

  • Bermula RM130 untuk kereta biasa
  • Bermula RM220 untuk enam tempat duduk
  • Diskaun tambahan RM5 untuk kod promosi RWGKLIA88
231127 AirAsia Ride Genting

Dari atau ke Lembah Klang:

  • Bermula RM65 setiap perjalanan
  • Diskaun tambahan RM5 untuk kod promosi RWG888

Anda boleh melakukan tempahan seawal tiga hari jika ingin menggunakan Airasia Ride ini. Bahkan terdapat jenis kenderaan yang boleh anda pilih sama ada kereta biasa, premium, kompak mahupun ekstra tempat duduk dan ruang.

Pun begitu untuk menggunakan Airasia Ride ini, ia hanya tersedia menerusi aplikasi sahaja. Jadi anda perlu terlebih dahulu memuat turun aplikasi AirAsia MOVE (cari AirAsia Superapp) daripada Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.

Menggunakan aplikasi Airasia Ride

Ini adalah caranya untuk membuat tempahan perjalanan:

  1. Select ‘Ride’ icon on Airasia application
  2. Enter pick-up & drop-off locations
  3. Select your ride preference
  4. Confirm details before booking your ride
  5. Wait for your driver’s arrival
  6. Rate your driver after you arrive at your destination

Ikuti perkembangan terkini daripada AirAsia Ride dengan mengikut saluran media sosialnya di Instagram atau X.

[Sumber: AirAsia]

Bacaan berkaitan:

  • Ciri terbaru AirAsia Ride membolehkan anda tempah kereta di luar negara sebelum tiba di destinasi
  • Pautkan BigPay di AirAsia SuperApp untuk dapat lebih banyak diskaun & ganjaran istimewa
  • AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move

Tags: AirAsiaairasia rideGenting HighlandsResort World Genting
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231127 AirAsia Ride Genting

Tambang istimewa AirAsia Ride ke Genting Highlands, serendah RM65 sehala

27 November 2023
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN