• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boeing 737-8: Ini sebab kenapa anda perlu teruja dengan pesawat baharu MAS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:28 pm
  • 28/11/2023
  • Komen
Boeing 737-8: Ini sebab kenapa anda perlu teruja dengan pesawat baharu MAS
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penerbangan mengemas kini fleet bukanlah sesuatu yang pelik. Namun, keterujaan luar biasa ditonjolkan Malaysia Airlines Berhad (MAS) untuk Boeing 737-8 yang mereka terima baru-baru ini.

Boeing 737-8 pertama MAS tiba di Malaysia, siap ada WiFi berkelajuan tinggi



Bukan setakat pengendali syarikat penerbangan itu, netizen juga riuh dengan pesawat baharu ini.

Sebagai rujukan Boeing 737-8 juga dikenali sebagai 737 Max 8 sebelum kontroversi yang melandanya. Kenapa sambutan luar biasa diterima Boeing 737-8 berbanding pesawat MAS lain? Berikut mungkin adalah sebabnya.



Boeing 737-8: Malaysia Airlines ada semua generasi Boeing 737

Dalam sejarah fleet pengangkut udara kebangsaan Malaysia, mereka telah gunakan sebanyak 209 daripada pengeluar Airbus dan Boeing. Daripada jumlah itu, 178 adalah pesawang Boeing dan telah digunakan seawal 1958 sedangkan Boeing pertama beroperasi adalah dalam tahun 1979.

Siri 737 pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dalam tahun 1972 iaitu Boeing 737-200. Kemudian, Malaysia Airlines terus memodenisasikan fleet mereka menerusi keluarga Boeing 737.

Boeing 737-200 (Generasi 1)
Boeing 737-200 (Generasi 1) – Sumber
Boeing 737-400 (Generasi 2)
Boeing 737-400 (Generasi 2) – Sumber
Boeing 737-800 (Generasi 3)
Boeing 737-800 (Generasi 3)

Boeing 737-8: Sayap lawi baharu, sumbang penjimatan bahan api

Siri Boeing 737 Max menampilkan rekaan winglet (sayap lawi) terbaharu yang katanya rekaan sayap lawi paling cekap pada kapal terbang. Sebelum ini, mereka gunakan sayap lawi jenis blended winglet iaitu hujung sayap yang dibengkokkan ke atas.

Ia menyumbang kepada daya apungan lebih baik dan mengurangkan geseran angin di hujung sayap dan seterusnya menyumbang kepada kecekapan penggunaan bahan api.

Rekaan blended winglet
Rekaan blended winglet

Menggunakan asas blended winglet Boeing menambah satu lagi aerofoil sekunder untuk memperlengkap aerofoil utama. Aerofoil utama berfungsi seperti blended winglet asal manakala aerofoil sekunder pula menyumbang kepada daya apungan menjauhi fuselaj.

Rekaan winglet Boeing AT
Rekaan winglet Boeing AT

Disebabkan laluan angin pada winglet ini bersifat laminar, ia juga mengurangkan geseran lantas meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Boeing 737-8: Kos angkut penumpang lebih rendah dan mesra alam

Sayap lawi baharu adalah salah satu komponen yang menyumbang kepada kecekapan. Enjinnya juga direka untuk cekap tenaga. Kombinasi kedua-duanya beserta naik taraf lain hasilkan pengurangan sebanyak 14% penggunaan bahan api dan pengurangan hingar bunyi operasi sehingga 40%.

Keluarga 737 Max juga mempunyai jarak kembara lebih daripada 6,510km. Ia lebih jauh daripada keluarga 737 Next-Generation dalam julat 629-1055km. Ia dikatakan kapal terbang kategori single-aisle paling rendah kos operasinya, 8% lebih rendah daripada pesiang terdekat iaitu Airbus A320neo.

Boeing 737-8: Pesawat kontroversi yang korbankan 346 nyawa

Ini adalah model yang telah mengorbankan 346 penumpang dalam dua insiden iaitu penerbangan Lion Air pada 29 Oktober 2018 dan satu lagi Ethiopian Airlines pada 10 Mar 2019. Ia menyebabkan FAA mengharamkan Boeing 737 Max terbang sementara mereka menyiasat.

20 bulan selepas itu pada 18 November 2020, FAA telah melengkapkan pensijilan semula 737 Max. Selain pensijilan semula, mereka turut menambah baik garis panduan pensijilan itu sendiri bagi memastikan keselamatan pada tahap paling tinggi. Anda boleh baca laporan pensijilan itu di sini.

Tags: BoeingBoeing 737-8MAS
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Boeing 737-8: Ini sebab kenapa anda perlu teruja dengan pesawat baharu MAS

Boeing 737-8: Ini sebab kenapa anda perlu teruja dengan pesawat baharu MAS

28 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER