• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Setel tawar pulangan tunai 10% dan 3x mata ganjaran dalam kempen ‘Semua Boleh Setel’

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:07 pm
  • 29/11/2023
  • Komen
Setel tawar pulangan tunai 10% dan 3x mata ganjaran dalam kempen ‘Semua Boleh Setel’
Share on FacebookShare on Twitter

Setel, aplikasi pembayaran petrol Petronas telah mengumumkan kempen akhir tahun yang dipanggil ‘Semua Boleh Setel’, menawarkan pulangan tunai dan ganjaran yang sangat menarik. Ia berjalan dalam tempoh terhad, dan kempen telahpun bermula dari 13 November dan akan berakhir pada 12 Januari 2024.

Dalam kempen ‘Semua Boleh Setel’, pengguna dapat menikmati pulangan tunai sebanyak 10% untuk pembelian dibuat di rakan strategik terpilih menggunakan aplikasi Setel. Untuk memanfaatkannya, berikut adalah senarai perniagaan yang terlibat dalam kempen ini:



  • KK SUPER MART
  • Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN
  • Village Grocer
  • PLUS R&R
  • Ben’s Independent Grocer
  • Pasaraya OTK
  • Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (OldTown White Coffee)
  • Loob Holding (Tealive)
  • Chatime
  • Pasta Panas
  • Café Mesra
  • Bake With Yen
  • BSC Fine Foods
  • Leisure Grocer
  • redBus

Meskipun begitu, pulangan tunai 10% ini hanya terhad pada RM5 sebulan, dan perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM1 untuk layak. Pulangan tunai akan dikreditkan terus ke dalam e-Wallet Setel anda. Bagaimanapun, tiada mata ganjaran Mesra yang akan disediakan bersama pembelian ini.

Dalam masa sama, pengguna turut boleh peroleh pulangan tunai 3% untuk transaksi parkir, pengecasan EV, pembaharuan cukai jalan, bantuan auto dan juga pembelian di kedai atau dalam tallian yang terpilih. Anda boleh rujuk keseluruhan lokasi kedai di sini. Ia juga akan dihadkan pada RM5 sebulan, tapi akan tamat lebih awal pada 31 Disember 2023.



Lebih menarik, Setel juga menawarkan sehingga 3x mata ganjaran Mesra untuk pembelian satu liter petrol dan 3x mata setiap RM1 perbelanjaan di kedai Mesra dan Deliver2Me. Terdapat juga pulangan tunai 10% bagi pembelian takaful atau polisi insurans (terhad RM300), 50% parkir (terhad RM2 setiap transaksi), pulangan tunai RM20 untuk penggantian bateri, dan juga RM350 pulangan tunai untuk penjualan kereta dan RM450 untuk pembelian kereta melalui myTukar. Ia turut akan tamat pada 12 Disember 2023.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman kempen Setel di sini.

Tags: setel
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Setel tawar pulangan tunai 10% dan 3x mata ganjaran dalam kempen ‘Semua Boleh Setel’

Setel tawar pulangan tunai 10% dan 3x mata ganjaran dalam kempen ‘Semua Boleh Setel’

29 November 2023
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN