• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung nafi akan tukar nama Exynos, Dream Chip hanyalah projek dalaman

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:22 pm
  • 30/11/2023
  • Komen
Exynos 1080 dilancar dan salah satu telefon Vivo akan jadi yang pertama gayakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Exynos telah digunakan oleh Samsung untuk pemproses utamanya sejak penghasilan Galaxy S2 pada tahun 2011. Namun berdasar satu siaran ciapan di X baru-baru ini, mendakwa syarikat itu akan menjenamakan semula cip tersebut.

Menerusi ciapan tersebut, Samsung dikatakan akan menukar nama Exynos kepada Dream Chip.



Goodbye Exynos.
Hello Dream Chip.

— Connor/콘어/コナー (@OreXda) November 28, 2023

Khabar angin mengenai penjenamaan itu sebenarnya sudah lama wujud. Kononnya terdapat ‘Dream Team’ pada bahagian Exynos di Samsung, yang merupakan pasukan jurutera terbaik yang berusaha menambah baik pemproses mudah alih dalaman mereka.

Malah cip Exynos rekaan Samsung itu kebelakangan ini terpalit dengan isu prestasi dan pemanasan melampau dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Namun adakah benar Samsung akan melakukan penjenamaan semula?

Tiada penjenamaan semula Exynos

Menurut kenyataan Samsung ke Android Authority, khabar angin mengenai penjenamaan semula Exynos adalah tidak benar. 

Samsung mengatakan Dream Chip itu adalah nama bagi projek dalaman. Walaupun nama itu wujud, namun ia tidak ada kaitan dengan sebarang perancangan untuk penjenamaan semula Exynos.

Dream Chip adalah pemproses tersuai untuk flagship peranti Galaxy S25 yang dijangka akan diperkenalkan awal 2025, menggantikan Exynos 2500. 

Walaupun wujud kemungkinan besar untuk Samsung menjenamakan semula Exynos, namun buat masa ini, syarikat tersebut tidak mempunyai perancangan sedemikian.

[Sumber: SamMobile, AndroidAuthority, AndroidHeadlines]

Bacaan berkaitan:

  • Samsung lancar Exynos Connect U100, SoC UWB untuk peranti penjejak
  • Rekaan Samsung Galaxy S24 Ultra menunjukkan skrin dan panel belakang rata
  • Rupa Samsung Galaxy A35 terdedah, tiada lagi takuk kamera hadapan
Tags: exynossamsungSamsung Exynos
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Exynos 1080 dilancar dan salah satu telefon Vivo akan jadi yang pertama gayakannya

Samsung nafi akan tukar nama Exynos, Dream Chip hanyalah projek dalaman

30 November 2023
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN