• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas W Two Worlds, Strong Girl pula akan diadaptasi kepada drama Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:03 pm
  • 30/11/2023
  • Komen
Selepas W Two Worlds, Strong Girl pula akan diadaptasi kepada drama Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Viu Upfront 2024, telah mengetengahkan perancangan akan datang Viu, selaku penyedia perkhidmatan penstriman video serantau terkemuka. Di Malaysia sahaja, sebanyak enam rancangan Viu Original bakal menemui penonton tempatan tahun hadapan.

Bagi tahun 2023, Viu telah menghasilkan empat rancangan Viu Original Malaysia iaitu Nenek Bongkok Tiga, Alter-Naratif, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi daripada K-drama W: Two Worlds. Rancangan ini bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton, tetapi juga menerima pengiktirafan apabila membawa pulang 5 anugerah pada Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023.



Viu Original, W Two Worlds

Perancangan Viu 2024

Dengan peningkatan jumlah langganan berbayar tahun lepas, dibantu oleh pelbagai kerjasama starategik antaranya Unifi TV dan Astro, Viu terus komited dalam usaha mereka untuk mengukuhkan lagi ekosistem kreatif di Malaysia dan membawa kisah Malaysia kepada penonton di seluruh rantau ini.

Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia, berkata, “Viu Upfront 2024 mengetengahkan senarai produksi tempatan yang mengujakan untuk tahun akan datang. Kami telah menghasilkan 24 Viu Original di Malaysia setakat ini dan ada enam lagi Viu Original yang bakal menemui penonton dan dibintangi oleh bakat-bakat terbaik dalam industri hiburan tanahair.”



Barisan perancanga Viu tahun 2024

Enam racangan Viu Original tempatan yang melibatkan pelbagai genre akan disiarkan tahun hadapan adalah:

  1. Terlanjur Cinta
  2. Nafsu
  3. Gadis Masa
  4. The Secret
  5. From Saga With Love (Musim Ke-2)
  6. Strong Girl
Viu Original, Strong Girl akan diadaptasi ke versi Malaysia

Tarikan utama sudah pasti pada sebuah adaptasi drama Korea, Strong Girl Bong-Soon yang akan dijadikan drama Malaysia. Dalam pengumuman ini, dua pelakon lelaki utama telah ditampilkan iaitu Meerqeen dan Nadhir Nasar. Watak utama perempuan pula masih dirahsiakan.

This is Johan oleh Joe Flizzow

Selain itu, Viu turut mengumumkan rancangan dokumentari khas tentang arti ship-hop terkenal Malaysia, Joe Flizzow. Bertajuk “This Is Johan”, ia mengisahkan perjalanan hidupnya serta rakan dan penyokong dalam menaikkan industri hip-hop di Malaysia.

Dokumentari ini dihasilkan oleh Viu dengan kerjasama Hotlink, dan akan disiarkan di Viu bermula Februari 2024.

Dokumentari “This Is Johan”,

Harga langganan Viu Premium

Viu ada menyediakan akaun percuma untuk orang ramai tetapi dengan kandungan yang terhad. Malah, ia menyiarkan iklan dan tidak boleh ditonton di TV.

Harga pelan Viu Premium

Viu Premium pula memberi akses kepada semua kandungan, tanpa video iklan, boleh dimuat turun untuk tontonan luar talian serta boleh ditonton di TV. Ia juga disiarkan sehingga resolusi HD Penuh dan disertakan sarikata melayu. Jika berminat, Viu Premium boleh dilanggan terus dari laman web atau aplikasi pada harga:

  • 3-bulan RM29.90
  • 6-bulan RM54.90
  • 12-bulan RM99.90

Viu Premium juga ada disediakan dalam langganan pek TV Astro dan Unifi TV. Antaranya dengan pek Entertainment Astro dari RM62.99/bulan, atau Pek Aneka Plus Unifi TV berharga RM30/bulan. Unifi TV juga memberi diskaun jika pengguna mahu melanggan secara ala-carte, hanya RM5/bulan.

Viu dalam Pek Astro TV dan Unifi TV

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Viu Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • 10 alternatif penstriman selain Netflix di Malaysia
  • Daftar auto debit Astro dapat diskaun hingga 30%, boleh dapat penjimatan lebih RM600 tu
  • Unifi TV perkenal tiga pek baru, ada pek Sukan dengan siaran langsung bola sepak dan F1, hanya RM29.90/bulan
Tags: ViuViu OriginalViu Upfront
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Selepas W Two Worlds, Strong Girl pula akan diadaptasi kepada drama Malaysia

Selepas W Two Worlds, Strong Girl pula akan diadaptasi kepada drama Malaysia

30 November 2023
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER