• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan pascabayar Unifi Mobile baru ada 5G tanpa had dan telefon percuma

  • OLEH Najib
  • 3:45 pm
  • 01/12/2023
  • Komen
Pelan pascabayar Unifi Mobile baru ada 5G tanpa had dan telefon percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Unifi hari ini memperbaharui pelan pascabayar Uni5G mereka, menawarkan sambungan 5G dan data utama dan hotspot lebih banyak. Tetapi harga juga dilihat meningkat berbanding pelan pascabayar UNi5G yang dilancar pada awal tahun ini.

Terdapat tiga pelan disenaraikan untuk pascabayar baru ini, iaitu Uni5G Postpaid 39, Uni5G Postpaid 69 dan Uni5G Postpaid 99. Walaupun nampak agak serupa dengan pelan sebelum ini, pembaharuan terbesar adalah kuota hotspot tidak lagi berasingan, sebaliknya menggunakan kuota data utama.



Pelan baru Unifi Mobile Uni5G Postpaid

Untuk pelan Uni5G Postpaid 39, ia ada kuota 4G dan 5G sebanyak 30GB. Pelan Uni5G Postpaid 69 pula datang dengan kuota 4G/5G sebanyak 60GB. Pelan termahal Uni5G Postpaid 99, diberikan 100GB data 4G/5G, bukan kuota tanpa had.

Ketiga-tiga pelan ini datang bersama panggilan tanpa had ke semua talian tempatan. Penghantaran SMS pula dicaj 15 sen seetiap satu.



Promosi 5G Tanpa Had & Rebat RM20

Tetapi pengguna boleh menikmati data tanpa had, jika mendaftar untuk pelan pascabayar baru ini dalam tempoh promosi, dari sekarang sehingga 31 Januari 2024. Bagi pelan termurah Uni5G Postpaid 39, tiada sebarang promosi untuknya.

Promosi pelan baru Unifi Mobile Uni5G Postpaid

Pelan Uni5G Postpaid 69 ditawarkan dengan data 5G tanpa had selama 24-bulan. Data 4G serta hotspot masih tertakluk kepada kuota 60GB.

Lebih menarik untuk pelan Uni5G Postpaid 99 kerana promosi ini menawarkan data 5G dan 4G tanpa had, selama mana pengguna tidak bertukar pelan atau telco. Bagaimanapun, hotspot masih menggunakan data daripada kuota 100GB.

Selain itu, pengguna yang telah melanggan jalur lebar tetap Unifi Home, akan mendapat rebat RM20 jika melanggan pelan Postpaid 69 atau Postpaid 99.

Telefon Pintar Percuma

Di samping itu, pelanggan Unifi Mobile juga boleh mendapatkan telefon pintar percuma, atau harga lebih murah jika menandatangani kontrak 24-bulan. Antara telefon percuma yang ditawarkan adalah Vivo Y02T dengan Postpaid 69, serta Galaxy M14 5G atau ZTE Blade A73 5G bersama kontrak Postpaid 99.

Telefon pintar murah dan percuma dengan kontrak Unifi Mobile Postpaid

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Unifi Postpaid.

Bacaan Berkaitan

  • Pakej 5G Rahmah: Tawaran Unifi Mobile paling asas, harga telefon 5G RM240 dan perlu bayar pendahuluan RM552
  • Liputan 4G Unifi Mobile lebih meluas dengan perkongsian rangkaian Maxis
  • Unifi Mobile perkenal pelan pascabayar 5G baru dari serendah RM39 bulan
Tags: Uni5gUnifiUnifi mobileunifi mobile postpaid
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Pelan pascabayar Unifi Mobile baru ada 5G tanpa had dan telefon percuma

Pelan pascabayar Unifi Mobile baru ada 5G tanpa had dan telefon percuma

1 December 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER