• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

eMadani: ShopeePay beri baucar rm600 dan cabutan bertuah Galaxy Z Flip 5

  • OLEH Najib
  • 8:42 am
  • 04/12/2023
  • Komen
eMadani: ShopeePay beri baucar rm600 dan cabutan bertuah Galaxy Z Flip 5
Share on FacebookShare on Twitter

Inisiatif eMadani yang diumumkan minggu lepas, boleh mula ditebus hari ini, 4 Disember 2023. Ia menawarkan kredit RM100 melalui penyedia perkhidmatan e-dompet (eWallet) terpilih, kepada warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah.

Salah satu penyedia eWallet yang terpilih adalah Shopee menerusi ShopeePay. Shopee menyatakan, pengguna yang memilih untuk menebus eMadani melalui ShopeePay akan menerima ganjaran tambahan berupa baucar bernilai RM600.



Baucar Shopee RM600 & Cabutan Bertuah Galaxy Z Fold 5

Pecahan baucar adalah seperti berikut:

  • Baucar Shopee RM365 – Baucar penghantaran percuma, baucar pulangan syiling, baucar ShopeeLive, Baucar ShopeeMall & preferred Seller)
  • Baucar SpayLater RM50 – Baucar Online di Shopee & Offline di kedai fizikal
  • Baucar ShopeeFood RM155 – Baucar penghantaran percuma ShopeeFood & Baucar diskaun makanan ShopeeFood
  • Baucar Insurans Kereta RM30

Selain itu, pengguna yang menebus eMadani di ShopeePay juga layak menyertai cabutan bertuah yang menyediakan hadiah telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip 5 bernilai RM4,499.



Jika anda berminat dengan tawaran ini, boleh menebus kredit RM100 eMadani menerusi aplikasi Shopee. Buka aplikasi, tekan pada ikon eMadani dan pilih Tebus Sekarang. Anda akan dimaklumkan jika permohonan berjaya. Permohonan eMadani dibuka dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Selepas menerima kredit RM100 eMadani, ia boleh digunakan untuk transaksi fizikal sahaja iaitu mengimbas kod QR DuitNow di kedai. Kredit eMadani yang tidak habis digunakan selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024, akan dikeluarkan secara automatik daripada eWallet pemohon.

Untuk maklumat lanjut, semak laman eMadani di Shopee.

Bacaan Berkaitan

  • Kredit edompet RM100 eMadani boleh mula ditebus 4 Disember 2023
  • eMadani tidak layak dipohon penerima eBeliaRahmah, ini sebabnya
  • eMadani: TNG eWallet tawar mata GoRewards & baucar lebih RM500
  • eMadani: Maybank MAE bagi hadiah Proton S70, Honda RSX, PS5 dan banyak lagi
Tags: emadaniShopeeShopeePay
Najib

Najib

POPULAR

eMadani: ShopeePay beri baucar rm600 dan cabutan bertuah Galaxy Z Flip 5

eMadani: ShopeePay beri baucar rm600 dan cabutan bertuah Galaxy Z Flip 5

4 December 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN