• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix lancar siri Hot 40, hadir dengan Dynamic Island dan kamera utama 108MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:34 pm
  • 06/12/2023
  • Komen
Infinix lancar siri Hot 40, hadir dengan Dynamic Island dan kamera utama 108MP
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix pada hari ini telah melancarkan secara rasmi telefon pintar generasi terbaru mereka, siri Hot 40 di peringkat antarabangsa. Sebagai pengganti kepada siri Hot 30 sebelum ini, siri Hot 40 terbaru ini turut merangkumi tiga model yang serupa iaitu Hot 40, Hot 40i dan Hot 40 Pro.

Siri Hot 40 ini hadir dengan rekaan mempesona, tampil kemasan berkilauan yang boleh berubah warna apabila terkena cahaya pada sudut tertentu. Kelihatan ia masih mewarisi reka bentuk model sebelum ini, dengan memiliki badan bersisi rata. Model Infinix Hot 40 Pro tersedia dalam empat pilihan warna menarik iaitu emas, hitam, biru dan hijau.



Spesifikasi siri Hot 40

Menurut Infinix, siri Hot 40 ini direka untuk menawarkan prestasi baik untuk pelbagai penggunaan termasuklah untuk gaming. Untuk model Hot 40 Pro, ia dikuasakan cip MediaTek Helio G99 6nm yang digandingkan dengan RAM 8GB. RAM boleh diperluas sehingga 16GB, lantas berikan pengalaman bebas lag.

Di samping itu, Infinix juga menghadirkan fungsi Magic Ring untuk siri Hot 40 terbaru ini. Secara asasnya ia adalah Dynamic Island versi Infinix, dan dapat menawarkan maklumat seperti status face unlock, status pengecasan dan panggilan suara terus di dahi skrin.



Berkenaan skrin, model Hot 40 Pro dilengkapi dengan skrin selaju 120Hz pada resolusi HD Penuh, bersama kadar sentuh skrin yang sangat responsif pada 1200Hz. Malah, Enjin gaming Infinix XBOOST juga diberikan pada siri ini, tawarkan keupayaan untuk menyuaikan tetapan gaming mengikut kesukaan pengguna.

Selain itu, bahagian bateri dibekalkan dengan kapasiti sebesar 5,000mAh dengan teknologi Power Marathon, iaitu solusi untuk penjimatan tenaga Infinix. Dengannya, Infinix juga mengatakan ia dapat menawarkan masa panggilan sehingga 2 jam dengan bateri 5%.

Ia menyokong pengecasan pantas 33W yang didakwa Infinix mampu untuk mengecas dari 20% hingga 75% dalam masa 35 minit. Teknologi pengecasannya juga dapat memastikan kesihatan bateri kekal baik sehingga 4 tahun.

Untuk sistem pengimejan, Infinix Hot 40 Pro mengguna pakai kamera utama 108MP dari sensor HM6 yang berupaya untuk mengekalkan gambar jelas apabila di crop. Terdapat juga kamera makro 2MP, bersama kamera selfie AI dengan sensor 32MP di hadapan.

Perbandingan dan jangkaan harga di Malaysia

Setakat ini, masih belum ada khabar tentang pelancarannya di Malaysia. Tapi memandangkan Malaysia antara pasaran utama Inifinix, siri Hot 40 ini pastinya akan dilancar tidak lama lagi.

Sebagai perbandingan, jika dilihat dari segi spesifikasi, Infinix Hot 40 Pro lebih bagus dari Hot 30 yang berharga RM599, tapi mungkin setara dengan Note 30 yang berharga RM699 kerana menggunakan cip sama. Oleh itu, kemungkinan besar harga Hot 40 Pro di Malaysia akan diletakkan di sekitar RM699 juga.

Untuk maklumat lanjut, nantikan pelancarannya di Malaysia.

Tags: InfinixInfinix Hot 40Infinix Hot 40 ProInfinix Hot 40i
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Infinix lancar siri Hot 40, hadir dengan Dynamic Island dan kamera utama 108MP

Infinix lancar siri Hot 40, hadir dengan Dynamic Island dan kamera utama 108MP

6 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER