• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google kongsi cara dapatkan kembali fail Drive yang lesap, tapi tak berkesan?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:15 pm
  • 08/12/2023
  • Komen
Anda yakin anda menggunakan Google Drive dengan betul?
Share on FacebookShare on Twitter

Pada November lepas, timbul isu di mana ada pengguna melaporkan fail dalam simpanan Google Drive desktop lesap. Situasi tersebut mengakibatkan pengguna terjejas kehilangan fail yang disandarkan sejak berbulan-bulan, malah dalam beberapa kes untuk beberapa tahun.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Google melancarkan kemas kini aplikasi Google Drive untuk Windows dan macOS, bersama beberapa cara untuk menyelesaikan isu fail yang dilaporkan lesap.



Pada artikel halaman sokongan, Google menyatakan pengguna yang terkesan perlu mengemas kini aplikasi Google Drive kepada versi 85.0.13.0 atau lebih baharu, yang dilengkapi dengan alat pemulihan fail.

231208 Google Drive Recovery

Cara kembalikan fail hilang

Selepas kemas kini dilakukan, terdapat beberapa proses perlu dilakukan untuk mendapatkan kembali fail yang lesap:



  1. Buka aplikasi Google Drive
  2. Sambil menekan kekunci Shift, klik Setting.
  3. Klik Recover from backups.

Notifikasi Recovery has started akan keluar jika ada fail yang berjaya diselamatkan, manakala notifikasi No backups found adalah untuk fail yang tidak ditemui.

Jika fail sandaran ditemui, selepas seketika anda akan menerima notifikasi sama ada Recovery is complete dan akan terpapar di desktop satu folder Google Drive Recovery.

Pun begitu jika anda mendapat notifikasi Not enough disk space, anda perlu mengosongkan jumlah ruang cakera yang diperlukan dan mengulang kembali 3 proses di atas.

Bagi pengguna yang kehabisan kuota storan, anda boleh mencuba langkah yang dikongsikan Google untuk memastikan fail berjaya disandarkan.

Anda juga boleh mendapatkan arahan penuh daripada Google Drive di sini.

Masalah masih tak selesai?

Sekiranya anda telah mencuba proses di atas dan masih mengalami masalah, anda disarankan untuk memberikan maklum balas melalui aplikasi Drive untuk desktop dengan tanda pagar #DFD84 dan pastikan anda menandai kotak untuk memasukkan log diagnostik. 

231208 Google Drive Recovery

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa maklum balas menyatakan langkah penyelesaian Google tersebut tidak berkesan pada kebanyakan pengguna, malah ada yang menyalahkan Drive kerana telah memadam fail sehingga tidak boleh dipulihkan kembali.

Aduh, macam mana ini? Bagi solusi tetapi tak berjaya pun bantu atasi masalah pengguna. Ada tak pengguna Drive dekat sini yang alami masalah fail lesap? Kalau ada, kongsikanlah sama ada anda berjaya dapatkan kembali fail atau tidak.

[Sumber: Google]

Tags: Googlegoogle drive
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Anda yakin anda menggunakan Google Drive dengan betul?

Google kongsi cara dapatkan kembali fail Drive yang lesap, tapi tak berkesan?

8 December 2023
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER