• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerugian lebih RM1 bilion kesan penipuan dalam talian, elakkan dengan cara ini

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:45 pm
  • 10/12/2023
  • Komen
Lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dijual kepada scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian dengan kerugian berjumlah RM1.3 bilion direkodkan dari Januari hingga November tahun ini. Menyaksikan peningkatan 37.5 peratus daripada 23,608 kes dan jumlah kerugian sebanyak  33% daripada RM771.1 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, “Daripada jumlah kes tersebut, kes jenayah e-dagang adalah yang tertinggi iaitu 10,993, diikuti jenayah telekomunikasi (9,526), pelaburan tidak wujud (5,036), pinjaman tidak wujud (4,018), e-jenayah kewangan (2,006) dan penipuan cinta (883).”



Pelaburan tidak wujud pula merekodkan jumlah kerugian paling tinggi pada tahun ini iaitu sebanyak RM421 juta, diikuti e-dagang (RM383 juta), telekomunikasi (RM327.9 juta), e-kewangan (RM103.6 juta), penipuan cinta (RM40.9 juta) dan pinjaman tidak wujud (RM38.5 juta).

Penurunan jumlah panggilan dijawab dengan Whoscall

Walau bagaimanapun, terdapat penurunan 50% dalam bilangan panggilan yang dijawab daripada 66,810 kepada 34,996 sejak kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Whoscall pada Januari.



Kerjasama tersebut melibatkan perkongsian panggilan data nombor penipuan dalam talian daripada portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKJS) PDRM kepada sistem data Whoscall.

231020 Whoscall PDRM

Bagi anda yang masih tidak tahu mengenai Whoscall, ia merupakan aplikasi ID pemanggil yang dikuasakan oleh Gogolook.

Whoscall direka dan dibangunkan secara khusus untuk bertindak sebagai barisan pertahanan pertama dengan aplikasi teknologi anti-penipuan yang dapat membantu pengguna menghindari panggilan penipuan dan kekal berwaspada setiap pada setiap masa.

Terdapat pelbagai ciri keselamatan yang ditawarkan Whoscall seperti sekatan panggilan Whatsapp dan URL Scanner. Pengguna juga boleh mencari telefon dan mengenal pasti ID daripada mesej dan panggilan tidak diketahui daripada senarai data Whoscall secara percuma melalui aplikasinya yang boleh dimuat turun di Apple Apps Store atau Google Play Store.

Kuiz #JanganKenaScam

Anda juga boleh menilai sejauh mana tahap kesedaran diri tentang taktik penipuan dalam talian dengan mencuba kuiz yang disediakan di laman web #JanganKenaScam.

231114 Kuiz JanganKenaScam

Tahniah, kalau anda mendapat markah penuh! Ini bermakna anda sudah mengetahui taktik penipuan dalam talian tetapi masih perlu berwaspada ya. Ini kerana scammer akan sentiasa menggunakan taktik baharu.

Kalau banyak salah pula, kenalah lebih tingkatkan pengetahuan diri mengenai penipuan dalam talian. Banyak yang boleh anda tahu mengenai scammer di sini.

Anda juga boleh mendapatkan lebih maklumat lanjut menerusi laman web Jangan Kena Scam.

[Sumber: MalayMail]

Bacaan berkaitan:

  • Diskaun 50% saman trafik & cabutan bertuah, sempena setahun Kerajaan Madani
  • Whoscall guna data PDRM, kini boleh kesan pemanggil Scammer di WhatsApp
  • Mudah.my & PDRM banteras penipuan atas talian, jom guna cara ini elak kena tipu
Tags: PRDMWhoscall
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Lebih 21 juta nombor telefon rakyat Malaysia dijual kepada scammer

Kerugian lebih RM1 bilion kesan penipuan dalam talian, elakkan dengan cara ini

10 December 2023
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER