• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone 15 dan Honor X9b, gajet paling banyak dicari di Malaysia tahun 2023

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:44 pm
  • 12/12/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Tanpa kita sedar, tahun 2024 bakal membuka tirainya lebih kurang dalam tempoh dua minggu lagi. Seperti biasa, Google Malaysia telah mengeluarkan senarai carian paling popular di enjin carian Google sepanjang tahun 2023, mengikut pecahan beberapa kategori.

Sebelum ini, dalam carian sohor Google untuk tahun 2022, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan filem Mat Kilau antara yang paling menjadi tumpuan. Jom kita tengok carian paling dicari oleh rakyat Malaysia untuk tahun 2023 ini. 



Carian gajet paling popular 2023

231212 Google Search Popular

Mengungguli carta paling popular dalam kategori gajet adalah iPhone 15, diikuti Honor X9b, Realme C53, Samsung S23 dan Redmi 12. 

Tidak dinafikan, Apple merupakan antara satu jenama yang paling ramai pengikutnya. Biarpun harganya dikatakan melampau, tetapi masih tetap ada yang membelinya, betul tak?



Carian ini pasti dilakukan oleh peminat jenama iPhone sekitar ura-ura pelancaran iPhone 15 bulan September 2023 lepas. Itu belum dikira dengan isu lain yang timbul berkaitan iPhone 15 seperti telefon menjadi terlampau panas dan sebagainya.

Carian berita paling popular 2023

231212 Google Search Popular

Siapa yang tidak sukakan duit, disebabkan itu di bawah kategori berita antara carian paling popular di Google Malaysia sepanjang 2023 adalah berkaitan topik bantuan kewangan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu bantuan tunai kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Turut tersenarai adalah mengenai eBelia Rahmah, yang merupakan kredit e-tunai RM200 untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi.

Carian kedua paling popular dalam senarai ini berkaitan konflik peperangan dua negara yang tidak nampak jalan penyelesaiannya, War in Israel and Gaza, diikuti isu perkembangan politik, Keputusan PRN, MYAirline dan berita bencana Turkey Earthquake.

Carian sukan paling popular 2023

231212 Google Search Popular

Rakyat Malaysia sememangnya boleh dianggap sebagai penggemar sukan sejati. Malah boleh dikatakan sukan juga menjadi medium yang dapat menyatupadukan kita semua.

Sukan kriket Indian Premier League 2023, ACC Men’s Asia Cup dan Cricket World Cup berjaya berada di tiga tangga teratas carian dalam kategori sukan. Agak pelik bukan? Sedangkan bola sepak dan badminton merupakan sukan paling popular sepatutnya di Malaysia. Tetapi adakah ini kerana filem Gemencheh Boys, yang menceritakan tentang sukan kriket yang menyebabkan rakyat Malaysia mula meminati sukan ini?

Diikuti carian mengenai Liga Super Malaysia 2023 yang menyaksikan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara untuk kali ke-10 berturut-turut serta Denmark Open 2023, di mana pasukan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memenangi gelaran Jelajah Dunia pertama mereka. Hebat orang Malaysia kita!

Carian filem paling popular 2023

231212 Google Search Popular

Bagi kategori filem, thriller biografi epik, Oppenheimer menjadi filem yang paling menjadi carian rakyat Malaysia dan filem komedi dan fantasi Barbie berada di tempat kedua. Manakala Jawan, filem Hindustan lakonan aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan di tempat ketiga, diikuti Fast X dan Jailer.

Filem aksi sekuel Polis Evo menjadi satu-satunya filem tempatan yang berjaya tersenarai dalam carian filem paling popular untuk 2023 di tempat ke-10.

Google Malaysia juga turut mengeluarkan senarai carian popular untuk kategori seperti siri drama TV dan yang lain. Anda juga boleh melihat senarai penuh di sini. 

231212 Google Search Popular
Siri drama TV
Dalam ingatan
Individu

Selain menunjukkan apa yang orang ingin tahu di Malaysia, alat Google Search juga menawarkan cerapan tentang topik yang menarik perhatian seluruh dunia pada tahun 2023. Layari laman trend global untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah-kisah Year in Search dan carta popular dari Malaysia dan di seluruh dunia.  

Apa pula carian popular Google Malaysia tahun hadapan? Sama-samalah kita nantikan rangkuman carian popular daripada Google nanti ya.

Bacaan berkaitan:

  • Anwar Ibrahim & Mat Kilau antara yang menjadi tumpuan dalam carian Paling Sohor 2022
  • Google kongsi cara dapatkan kembali fail Drive yang lesap, tapi tak berkesan?
  • Gemini lebih maju dari GPT-4, anda boleh cuba di Google Bard sekarang
  • Google Maps kenalkan ciri baru, mampu cegah kandungan palsu di balai polis
Tags: carian enjin Googlecarian paling popularcarian popular 2023google search
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

iPhone 15 dan Honor X9b, gajet paling banyak dicari di Malaysia tahun 2023

12 December 2023
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN