• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini sebab kenapa jangan beli iPhone terpakai

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:23 pm
  • 13/12/2023
  • Komen
[REVIU] iPhone 14 Plus vs iPhone 13 Pro Max – mana lebih berbaloi
Share on FacebookShare on Twitter

Membeli iPhone terpakai mungkin langkah terbaik jika anda mahu berjimat tetapi nakkan sebuah iPhone. Dalam artikel kami sebelum ini, saya ada beritahu iPhone terpakai berbaloi untuk anda dapatkan sekarang. Tapi iPhone terpakai ini sudah tentu ada risikonya tersendiri.

Untuk artikel ini, saya nak beritahu pula iPhone apa yang anda perlu elak untuk beli. Sama ada ia ada banyak masalah, ataupun perkakasannya sudah tidak relevan untuk digunakan pada masa kini.



iPhone XS

Jika kita tengok dari segi sokongan perisian, iPhone XS adalah iPhone terakhir yang menyokong kemas kini iOS 17 terkini. Tetapi ini tidak bermakna ia masih bagus untuk anda dapatkan, jadi saya cadang jangan beli kerana ia pasti tidak akan sokong iOS akan datang. Macam contoh lain, iPhone 11 pula, walaupun sokong iOS 17 dan mungkin yang seterusnya, skrinnya masih guna panel LCD dan sokong 4G sahaja.

iPhone 11

Tambahan pula, iPhone 11 menggunakan cip A13 Bionic yang agak tua sedikit usianya, dihasil menggunakan proses 7nm. iPhone 15 Pro terbaru sudah menggunakan proses 3nm yang lebih kecil. Kelebihan proses nanometer lebih kecil ini akan lebih jimat tenaga dan kurang haba yang terhasil. Takut pakai kejap, dah tak relevan sebab tak ada 5G. Baik jangan beli iPhone 11.



iPhone 13 Pro

Selain itu, iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max juga tak berbaloi kerana ramai sangat pengguna alami masalah skrin glitch atau berwarna hijau. Kalau waranti masih ada lagi okay lagi, boleh tukar. Kalau tak ada, dah satu hal pula kena tukar skrin, elok-elok beli murah dah kena tambah RM1,500 atau hampir RM2000 untuk tukar skrin je. Baik beli baru terus.

Sumber: Laman sokongan Apple

Bukan itu sahaja, kalau anda terfikir nak beli iPhone 12 atau 13 mini, baik lupakan sahaja. Ada sebab juga mengapa Apple menghentikan produksi iPhone mini. Salah satu sebab utamanya adalah ia tak dapat sambutan ramai. Disebabkan saiz kecil iPhone mini, badannya boleh memuatkan komponen yang agak terhad.

iPhone mini

Ini menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek daripada iPhone biasa sebab saiz kecilnya tidak dapat memuatkan kapasiti bateri lebih besar. Skrinnya juga kecil sangat pada 5.4 inci, nak taip atau nak tengok maklumat dalam skrin susah.

Jadi, berikut adalah senarai iPhone yang anda tak patut beli, iaitu iPhone XS, iPhone 11, iPhone 13 Pro dan Pro Max, dan juga iPhone mini. Anda yang pernah pakai model yang disebutkan tadi, pernah tak hadapi masalah?

Tags: appleios 17iphoneiphone 11iphone 13 proiphone 13 pro maxiPhone XS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

[REVIU] iPhone 14 Plus vs iPhone 13 Pro Max – mana lebih berbaloi

Ini sebab kenapa jangan beli iPhone terpakai

13 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER