• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:11 pm
  • 25/11/2023
  • Komen
Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Apple telah melancarkan siri iPhone 15. Seperti yang dijangka, harganya sudah tentu mahal bermula RM4,399. Tapi mesti ada dikalangan anda yang ada bajet ketat dan mahukan alternatif iPhone lebih murah, betul tak? Ada yang tanya di YouTube, iPhone terpakai apa yang masih relevan digunakan pada tahun 2024, dan boleh guna untuk main game? Jadi dalam artikel ini saya nak beritahu.

Produk iPhone kebiasaannya memang diketahui mampu untuk bertahan lama, disebabkan sokongan perisian Apple yang bagus. iPhone 5s yang dah lancar hampir 10 tahun pun masih baik untuk digunakan kerana menerima kemaskini keselamatan iOS 12.5.7 pada Januari awal tahun ini.



Tapi kalau masih boleh guna sekali pun, tak bermakna ia masih relevan untuk digunakan pada tahun 2024. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan telefon itu masih relevan. Namun, terdapat satu telefon yang menandakan semua keperluan ini, iaitu iPhone 12.

Sebab iPhone 12 relevan pada tahun 2024

iPhone 12

Pertama sekali, harga iPhone 12 sekarang pun sudah tentu murah. Kalau lihat di Carousell, boleh dapat sekitar RM1,500. Lancar pun baru tiga tahun lepas dan ia menggunakan cip berprestasi tinggi Apple A14 Bionic. Keperluan bermain game atau kegunaan harian, cip ini memang bagus.



Harga iPhone 12 di Carousell

Selain itu, iPhone 12 juga masih menyokong iOS 17 terbaru, dan mungkin masih menerima sokongan kemas kini iOS akan datang tiga tahun lagi. Jadi tak perlu risau pasal kemas kini atau sokongan perisian. Tapi mungkin ada yang tertanya kenapa tak pilih sahaja iPhone 11 yang lebih murah, kerana ia juga sokong iOS 17.

iPhone 12

Ini adalah kerana, iPhone 11 atau iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max sekalipun tiada sokongan 5G, hanya sokong 4G disebabkan penggunaan cip Apple A13 Bionic. Kalau nak pakai lama lebih baik yang ada 5G terus. Tambahan pula iPhone 12 ada rekaan seperti iPhone terkini bersisi rata, dan menggunakan panel OLED, yang mana naik taraf besar berbanding panel LCD di iPhone 11.

Cuma jika banding iPhone 12 dengan iPhone 11 Pro, iPhone 12 ini tidak dilengkapi kamera telefoto lah. Tapi ia ada ciri lebih penting iaitu sokongan 5G. Kebanyakan telco pun dah banyak tawar pelan 5G, dan pada tahun 2024, berkemungkinan 4G akan terasa tersangat ketinggalan zaman.

Barisan iPhone 15 kali ini telah diberikan sejumlah naik taraf baru seperti penggunaan “Dynamic Island”, serta menggunakan port USB-C baharu. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca artikel reviu penuh kami tentang iPhone 15 Plus.

Kalau anda berminat untuk dapatkan iPhone 12 yang baru, anda boleh dapatkannya di Lazada dan Shopee.

Bacaan berkaitan

  • Beli iPhone 15 Pro Max di laman rasmi Apple, tapi dapat telefon tiruan Android
  • Acara Apple Scary Fast dirakam sepenuhnya guna iPhone 15 Pro Max, tapi…
  • iPhone 15 jadi panas? Nah ini Apple lancar update iOS 17.0.3 untuk atasi isu tu
Tags: appleiphoneiphone 12
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Panggilan terputus iPhone 12 & iPhone 13 dibaiki dalam iOS 15.1.1

iPhone terpakai yang berbaloi untuk dibeli sekarang

25 November 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER