• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini cara pin mesej di WhatsApp, barulah senang nak cari

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:53 pm
  • 15/12/2023
  • Komen
231215 WhatsApp Pin mesej
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini, mesej penting dalam WhatsApp hanya boleh dibintangkan (starred message) tetapi kini platform pemesejan popular itu telah pun memperkenalkan ciri pin mesej yang boleh digunakan pada di telefon Android, iPhone atau komputer.

Berbeza dengan mesej yang dibintangkan, dengan fungsi baharu itu, pengguna WhatsApp kini boleh pin mesej ke bahagian atas tetingkap dalam kumpulan sembang atau individu. 



Walau bagaimanapun, hanya satu mesej boleh pin pada satu masa dan tempoh maksimum untuk pin mesej adalah 30 hari, manakala pilihan lalai adalah 7 hari dan tempoh minimum 24 jam.

introducing Pinned Messages 📌 now everyone can stay on top of a chat by keeping the important messages up top 🙌 pic.twitter.com/nDcsgoJyga

— WhatsApp (@WhatsApp) December 12, 2023

Cara pin mesej WhatsApp

Anda boleh pin sebarang jenis mesej sama ada teks, tinjauan pendapat, emoji dan sebagainya. Sama seperti semua perbualan lain, mesej yang dipin juga akan disulitkan dari hujung ke hujung.



Ingin tahu bagaimana untuk pin mesej? Ini caranya:

Android

  1. Klik mesej.
  2. Klik lebih banyak pilihan > Pin > pilih tempoh masa (24 jam, 7 hari atau 30 hari).

iPhone

  1. Klik mesej.
  2. Klik lebih banyak > Pin > pilih tempoh masa (24 jam, 7 hari atau 30 hari).

Web dan dekstop

  1. Klik mesej.
  2. Klik menu > Pin > pilih tempoh masa (24 jam, 7 hari atau 30 hari).
231215 WhatsApp Pin mesej

Manakala untuk sembang kumpulan, admin mempunyai pilihan sama ada membenarkan semua ahli atau hanya admin sahaja yang boleh pin mesej.

Mesej yang dipinkan akan kekal di tetingkap sembang sehinggalah anda mengeluarkannya secara manual atau apabila tempoh yang ditetapkan tamat.

Cara untuk mengeluarkan mesej yang telah dipinkan bagi Android, iPhone, web dan deksktop adalah sama, iaitu Klik mesej > Unpin.

Notifikasi pin mesej

Apabila anda pin mesej dalam sembang individu, akan naik notifikasi menyatakan terdapat mesej yang dipin. Untuk sembang kumpulan pula, selain mendapat notifikasi menyatakan terdapat mesej yang dipin, ahli kumpulan juga akan mengetahui individu yang membuat pin mesej tersebut.

Mesej yang dipinkan, tidak akan dapat dilihat oleh ahli yang baru menyertai sembang kumpulan selepas pin mesej dilakukan, ahli sembang mengosongkan sejarah sembang atau memadam mesej tersebut sebelum dipinkan.

Terdahulu, WhatsApp telah memperkenalkan ciri sekali paparan mesej suara dan kod rahsia buat penggunanya. 

Nampaknya semakin banyak fungsi menarik yang menjadikan ruang sembang di WhatsApp ini lebih privasi ya? Tapi ciri apa yang paling anda suka? Kongsikanlah dengan kami di ruangan komen.

[Sumber: TechCrunch, WhatsApp]

Bacaan berkaitan:

  • Pengguna WhatsApp boleh kongsi muzik semasa panggilan video
  • Nak kongsi rahsia? Gunalah ciri sekali paparan mesej suara WhatsApp
  • Pengguna iPhone boleh kongsi foto & video dalam kualiti asal di WhatsApp
Tags: pin mesejwhatsapp
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231215 WhatsApp Pin mesej

Ini cara pin mesej di WhatsApp, barulah senang nak cari

15 December 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER