• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nak sorok perbualan? Guna kod rahsia WhatsApp yang baru ni

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:10 am
  • 01/12/2023
  • Komen
WhatsApp akan tambah ciri Kunci Chat, elak orang lain buka chat peribadi
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp kini hadir dengan ciri baharu yang dikenali sebagai Kod Rahsia untuk sembang terkunci. Fungsi ini direka untuk menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk perbualan sensitif.

Sebelum ini, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi Kunci Sembang bagi membantu melindungi perbualan lebih sensitif yang boleh diakses melalui cap jari atau Face ID. 



Namun dengan pengenalan ciri Kod Rahsia, ia pastinya akan meningkatkan lagi tahap privasi ruang sembang anda, kerana pengguna boleh menyembunyikan sembang terkunci disebalik kata laluan atau frasa. 

Menggunakan ciri kod rahsia

Dengan kod rahsia, walaupun anda berkongsi telefon atau mungkin kehilangan telefon, perbualan berkenaan tetap disembunyikan dan hanya akan dipaparkan sebaik sahaja anda memasukkan kod rahsia dalam bar carian.



Paparan perbualan ini hanyalah bersifat sementara dan akan disembunyikan kembali, sebaik sahaja anda keluar daripada aplikasi.

231201-WhatsApp-Kod-Rahsia

Untuk mengunci dan menyembunyikan sesuatu perbualan:

  1. Klik seketika pada sesuatu perbualan
  2. Tekan titik menu
  3. Pilih Kunci Sembang

Ciri Kod Rahsia ini telah pun mula dilancarkan kepada pengguna dan sedang diperkenalkan secara berperingkat secara global dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada ciri tersebut akan diperkenalkan ke WhatsApp di komputer atau tidak.

Bacaan berkaitan:

  • Ciri sekali tengok gambar & video kembali pada WhatsApp di komputer
  • Pengesahan akaun WhatsApp melalui emel kini tersedia, boleh masuk tanpa SMS
  • WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember
Tags: whatsappWhatsApp Kod RahsiaWhatsApp Secret Code
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

WhatsApp akan tambah ciri Kunci Chat, elak orang lain buka chat peribadi

Nak sorok perbualan? Guna kod rahsia WhatsApp yang baru ni

1 December 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER