• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri sekali tengok gambar & video kembali pada WhatsApp di komputer

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:18 pm
  • 26/11/2023
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah setahun mengalih keluar ciri ini, WhatsApp akhirnya mengembalikan keupayaan untuk menghantar foto dan video dengan fungsi sekali paparan pada desktop.

Ciri sekali paparan (View Once) telah sudah boleh mula digunakan beberapa minggu lalu pada sesetengah pengguna yang mengemas kini aplikasi WhatsApp pada desktop atau menggunakan WhatsApp Web versi terkini.



WhatsApp is rolling out a feature to send view once photos and videos from Desktop apps!

In the past few weeks, WhatsApp enabled support for sending view once messages from WhatsApp for Windows, macOS, iPad, and Web!https://t.co/qUHSRFwswx pic.twitter.com/4IxQFN0Njd

— WABetaInfo (@WABetaInfo) November 26, 2023

Menggunakan fungsi sekali paparan di web

WhatsApp memutuskan untuk mengalih keluar keupayaan sekali paparan foto dan video daripada WhatsApp Web dan desktop untuk privasi tambahan. Walau bagaimanapun, penyingkiran fungsi tersebut dianggap tidak perlu, malah mengehadkan pengguna daripada berkongsi foto dan video yang tidak kekal.

Seperti menggunakan ciri sekali paparan ini pada telefon pintar, butang untuk menetapkan sekali paparan akan kelihatan pada sebelah bar kapsyen sebaik sahaja anda telah memilih imej atau video yang ingin dikongsikan pada WhatsApp.



Ciri ini tidak terhad kepada WhatsApp untuk Windows sahaja, malah ia juga mendayakan sokongan sekali paparan macOS dan peranti yang dipautkan, seperti WhatsApp beta untuk iPad. Namun perlu dipastikan telah dikemas kini WhatsApp untuk Windows, WhatsApp untuk macOS dan WhatsApp Web terbaharu.

Jika anda masih belum dapat menggunakan fungsi ini, mungkin perlu menunggu untuk beberapa minggu lagi. Tapi berdasarkan cubaan melalui WhatsApp Web, saya sudah pun dapat menggunakan ciri sekali paparan ini. 

[Sumber: WABetaInfo]

Bacaan berkaitan:

  • Pengesahan akaun WhatsApp melalui emel kini tersedia, boleh masuk tanpa SMS
  • WhatsApp Backup di Google Drive akan ada sekatan mulai Disember
  • WhatsApp dah boleh guna 2 akaun dalam 1 telefon, ini caranya untuk tambah akaun kedua
Tags: macoswhatsappWhatsApp Desktopwhatsapp webwindows
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

Ciri sekali tengok gambar & video kembali pada WhatsApp di komputer

26 November 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN