• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G Infinite beri pas perayauan tanpa had Singapura, data “tanpa had” & percuma

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:41 am
  • 18/12/2023
  • Komen
Yes 5G Infinite beri pas perayauan tanpa had Singapura, data “tanpa had” & percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Yes 5G adalah antara penyedia pelan 5G paling berbaloi di Malaysia, mereka tidak mempunyai penawaran yang sama baik untuk perayauan. Namun, kini mereka telah berubah kerana Yes 5G telah memperkemas ciri perayauan pelan mereka, bermula dengan Singapura.

Yes 5G Infinite RM58 dan keatas terima pas perayauan percuma ke Singapura

Berdasarkan laman rasmi penyedia perkhidmatan itu, pelanggan Yes Infinite Basic RM58, Standard RM88, Premium 118, dan Ultra RM178 mempunyai kemudahan perayauan percuma “tanpa had” ke Singapura.



“Tanpa had” yang dimaksiudkan adalah data berkelajuan pantas sebanyak 10GB selama sebulan. Sejurus melangkaui angka tersebut, kelajuan akses akan diturunkan kepada 512kbps mengikut FUP yang diutuskan mereka.

Pas tambahan boleh didapatkan pada harga RM8/hari untuk data berkelajuan pantas sebanyak 1GB dan sejurus habis, kelajuan juga akan diturunkan kepada 512kbps.



Panggilan suara percuma dari/ke Malaysia

Pelanggan pas perayauan ini juga boleh menerima panggilan dari dan membuat panggilan ke Malaysia secara percuma. Panggilan kepada nombor Singapura akan dikenakan cas sebanyak RM3 setiap minit dan RM28 setiap minit untuk ke negara lain.

Untuk menikmati pas perayauan ini, pengguna perlu bersambung ke rangkaian Simba (dulu dikenali sebagai TPG). Berdasarkan laman FAQ, pengguna diingatkan untuk aktifkan pas perayauan menerusi aplikasi MyYes dalam tetapan Yes Roam > Activate Roaming.

Sekiranya masih tidak boleh bersambung, pastikan Access Point Name (APN) ditetapkan kepada ‘yesnet’ ataupun ‘ shwap’

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

  • Pengguna Yes 5G boleh guna eSim dan FaceTime di iPhone, kena kemas kini iOS dulu
  • Yes 5G akan tawarkan iPhone 15 dari serendah RM21/bulan mulai 3 November, apa rahsianya?
  • Pakej 5G Rahmah: Yes tawar pelan RM35 dengan 100GB data dan telefon 5G berbeza
Tags: PerayauantelcoYESyes 4gyes 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Yes 5G Infinite beri pas perayauan tanpa had Singapura, data “tanpa had” & percuma

Yes 5G Infinite beri pas perayauan tanpa had Singapura, data “tanpa had” & percuma

18 December 2023
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN